‘’Assalamualaikum !! Arin !! ooo Arin !! , emm cik , Arin ade kat rumah tak ?? ‘’ Tanya Aleeya sambil memegang beg plastik yang berada di tangannya .
‘’ Waalaikumsalam . ohh Leeya , masuklah ! Arin ade kat dalam bilik tu ‘’ ibu Arina berjalan keluar sambil membuka pintu pagar .
‘’ cik sihat ?? ’’
‘’ sihat Alhamdulillah . awak tu sihat ?? makin berisi makcik tengok .dah nak kahwin ke ?? ‘’
‘’ eh Cik Timah ni , ade pulak kahwin , SPM pon tak lepas lagi tau ‘’
‘’ taklah , cik gurau je pon ‘’
‘’ hehe .. ‘’
‘’ masuklah ! pergi je naik bilik Arin , tengah berangan agaknya budak tu ‘’
‘’ eh ! Leeya ! wei ! masuk-masuk ! ‘’ Arina tiba-tiba muncul dari dapur .
‘’ hmmm ~ baru nak surprise masuk bilik kau ,tadi mak kau cakap kau ade kat bilik , nape tiba-tiba ada kat dapur ni ?? kau buat magic ape wei ?? ‘’
‘’ banyaklah magic kau ! aku lapar , tu yang aku turun pergi dapur makan jap , kau dah makan belum ni ?? ‘’
‘’ dah ! aku baru balik dari warung ni , Nasi Ambang tau ! mantap ! ‘’
‘’ alaaa ~ Nasi Ambang yang kat bawah pokok tu ?? bukan nak ajak aku ! ‘’ Arina mencebikkan mukanya .
‘’ eleh ngada-ngadanya sayang aku ni , ni haa ! aku belikan untuk kau ‘’ Aleeya menghulurkan beg plastik yang berisi Nasi Ambang yang dibelinya .
‘’ hehe ~ thanks babe !! sayang kau teramat sangat ! ‘’ Arina dengan tiba-tiba memeluk Aleeya dari arah belakang .
‘’ eh ! eh ! kau pehal ni ?? mabuk ?? eeiiyy , tepilah ! rimaslah aku ! Ya Allah , kau jangan Les tau .ooohh , baru sekarang laa nak babe babe dengan aku ea .. ngada-ngada ! ‘’
‘’ ooohh , kau tak suka ea ?? takpe arr . ingat aku heran lah peluk kau ni , peluk tiang lagi best ‘’ Arina mengambil Nasi Ambang yang berada di tangan Aleeya . dia terus duduk lalu membuka Nasi Ambang yang dibalut dengan daun pisang .
‘’ haaa ! ni lah dia budak kalau dah kebulur , makan tak ingat nak baca Bismillah ! ‘’
“ ops ! sorry2 ! Bismillahirrahmanirrahim ! jemput-jemput ‘’
“ makanlah ~ ‘’
“ ada story ni , pasal Sue , dak-dak tu nak kenakan Sue ‘’
“ siapa ?? ‘’ tanya Aleeya .
“ Amy dengan Faz , gaduh besar pagi tadi kat tandas sampai hempas-hempas pintu , gaduh pasal Fit , nak muntah aku . ‘’
“ laa ~ tadi kau cakap diorang nak kenakan Sue , sekarang gaduh pulak ?? mana satu ni sayang , sumpah aku tak faham ! “ Aleeya menggaru kepalanya .
“ aku pun tak tahu laa , aku cuma dengar rancangan apa ntah , lepastu Amy tengking Faz , gaduh gila-gila kot pagi tadi , kebetulan aku lalu , Faz pandang aku lain macam , aku buat bodoh je la ‘’
“ oh , boleh jadi bahan ni , haha ! ‘’
“ banyak laa kau ! ‘’
“ ok ! lepastu , kau tak tanya Faz kenapa jadi macam tu ?? ‘’
“ kau gila ?? tak nak laa tanya dia , mau tak mati aku kalau sibuk-sibuk jaga tepi kain orang ‘’
“ eleh ! ‘’ Aleeya menjelingkan mata ke luar tingkap , Aleeya bangun lalu menuju ke bilik air yang bersebelahan dengan pintu dapur . dalam masa yang sama , Fitri menghantar pesanan ringkas kepada Arina .
* hai
* err hai , fit !
* emm arin , kau buat apa ni ??
* bebual dengan Leeya kat rumah aku .,
* Aleeya ?? dia buat apa kat rumah kau ??
* saja ~ kenapa kau message ?? ada hal penting ke ??
* emm takde apa-apa , aku ingat nak jumpa kau , malam sabtu . jumpa kat Mall k ?? 8pm tau , bye sayang ! TC !
* eh fit , aku tak sure lagi !
Fitri tidak membalas messagenya , dia hairan mengapa Fitri tidak mahu jumpa dengannya di sekolah tetapi di Mall sedangkan mereka berada di sekolah yang sama . Arina membelek-belek lalu meletakkan handphonenya di tepi meja . hanya bayangan Fitri yang bermain di mindanya . Arina termenung seketika .
No comments:
Post a Comment