Powered By Blogger

Sunday, 29 April 2012

sedih ~


:'(

Assalamualaikum . .maaf ! apa yang eca nak luahkan ni harap korang jangan terasa hati sebab eca memang tak pandai nak jaga hati seseorang . .luahan ni betul betul menusuk jantung eca . .

MIRUL

SYEERA

EVY

AWIE

AGUS

ACOI

ENOL

UMA

JAMIL


Terima kasih kay ?? terima kasih bebanyak tinggalkan eca sesorang kat ‘situ’ . .sampai hati korang kan ?? hmmmm eca paham perasaan korang . . .eca . . .eca . . .okayokay . .eca tak tipu , sambil menaip sambil menitik airmata eca ni . .eca dah tahu kenapa korang tinggalkan tempat tu . .mungkin ada perkara yang tak dapat nak elak , and mungkin juga korang makan hati dengan someone kat tempat ‘situ’ kan . .

macam ni kan korang tinggalkan eca 

I
I
I
V


*KAYFINE~

Eca mention nama korang ni sebab korang sama umur dengan eca . .maybe korang dengan eca sama kehendak , sama perasaan . .boleh layan kepala masing masing . .bayangkan kay kita paling muda tau kat ‘situ’ , then korang tinggalkan eca sesorang tanpa korang semua . .sedih kan kalau korang tak ada ??  terpaksa mengadap senior senior . .kalau eca kena marah ?? sape yang nak backup ?? sape ?? sape ?? huh !!!!


Mungkin dah tersemat dalam jiwa korang nak suruh eca keluar dari ‘situ’ . .okay . .InsyAllah eca akan mengikut jejak langkah korang dalam masa yang terdekat ni . .banyak kenangan yang kita cipta kat ‘situ’ kan ?? memang tak dapat nak lupakan . .pahit , manis , suka , duka , sakit hati , geram , tension , gembira , ketawa , marah , benci and pelbagai perasaan yang muncul dari hati yang korang tinggalkan kat ‘situ’ tak mungkin dilupai walau sesaat !


Yang dah ‘blah’ tu . .here’s wishing good luck in all that you do . .eca doakan kejayaan korang dunia akhirat kay . .eca harap umur panjang kita jumpa lagi . .rindu sangat situasi kat kitchen time kecoh kecoh , time goyang , time closing , time lepak , time meeting . .entaa laa . .banyak kan ?? eca rela airmata eca keluar untuk korang . .





korang . .Do not despair. . all who met certain separation. . do not forget the memories we create a first . .thank you for the opportunity to experience the joy of blessing the friends with you all. . I hope you all do not forget the many challenges that we face throughout the restaurant serves pizza hut. . challenges teach us about life. . of bad things to good things. .eca anggap korang macam sibling eca . .jangan tersentak apa yang korang baca ni tau ?? tau ??. . thank you for sharing you experience. . happy together, hard together, right ?? I am proud of you because you have already made the best ..daripada korang start tak tahu langsung nak buat apa . .sekelip mata jeg korang lebih hebat dari ‘bintang-bintang’ tu kan . . yes . .i believe that !


Eca sayang korang . ..teringin nak bersatu macam dulu . .jaga diri bebaik kay . .mungkin lepasni eca dah takde kat johor . .bagi eca peluang meniti kehidupan yang sebenar kat luar sana . .doa eca mengiringi kejayaan korang . .

Baiklah ! silakan nangis .. .





//dahcukup !!!!



dot dot dot dalam botol .. .


DOT DOT DOT DALAM BOTOL


Okay , bertemankan segelas minuman milo sejuk malam ni sambil mendengar bait bait lirik lagu dari kumpulan E.Y.E.. .tak ada tajuk yang perlu diberi tentang cerita yang eca cuba nak sampaikan ni . ..semalam mungkin . .berborak dengan seorang kawan diberi nama BENN . .


Tertanya-tanya . .kenapa hidup ni mesti perlu hadapi pelbagai rintangan , masalah , cabaran yang akan kita hadapi sendiri . .macam eca sebutkan tadi BENN , seseorang yang mengaku dirinya GAYBOY. . okay . .eca tahu dunia sekarang . .banyak yang tak betul dari betul right ?? sumpah eca jenis yang tak suka kepoh kepoh but memandangkan cara dia yang membuatkan eca ni cuba nak mengetahui sedikit sebanyak tentang dunia GAYBOY . .baiklah . .baca dialog di bawah kay . .


ECA : kenapa kau nak sangat jadi gayboy ni ?? kau tak rasa malu ke orang pandang jelik kat kau ??

HIM : entah , sebab aku rasa gayboy ni memahami antara satu sama lain . .yelaaa . .laki dengan laki kan , mesti laa naluri sama. .macam kau , kau mesti paham isi hati perempuan kan . .betul tak ??

ECA : ye , yang tu aku tahu . .tapi tak adalah sampai nafsu aku ni kat perempuan . .aku pon agama tak lah pandai mana tapi sikit-sikit pon aku tahu mana yang betul , mana yang salah . .kau tak rasa ke benda ni dosa besar ??

HIM : kau cakap dosa ?? kau pon banyak dosa kan . .tak payahlaa sebut pasal dosa ni . .

ECA : okay okay . .soalan . .kenapa kau nak jadi gay ?? apa sebab ?? oh . .mungkin kau jadi macam ni faktor keadaan sekeliling . .betul tak ??

HIM : entah laa . .mungkin agama pada family aku tu tak penting. .

ECA : oh . .maknanya kurang didikan agama . .macam tu ??

HIM : kurang didikan agama dengan agama tak penting tu lain echa . .

ECA : maksudnya family kau ni jenis yang buat endah tak endah laa pasal agama sebab tu kau cakap agama tak penting kan ??

HIM : maybe . .betul ! kalau kurang didikan agama means orang yang pegang pada agama cuma kurang bagi didikan .. .macam family aku ni tak pentingkan agama . .aku jadi macam ni pon family aku tak marah , kalau kau nak tahu laa ea , orang yang professional macam ustaz , artis , pilot , pereka fesyen ni semua ramai gay . .echa . . apa yang aku sebut ni aku dah pernah jumpa dengan orang-orang macam ni . ..sugar dad aku dulu pilot !


BAIKLAH !! abaikan . .antara percaya atau tak , tu terpulang pada diri eca , antara tipu atau tak , terpulang pada diri dia . .korang . .dosa tak kalau kita melakukan hubungan sejenis ?? okay . .eca bukan dari golongan alim ulamak . .tapi serba sedikit eca banyak belajar tentang islam . .golongan macam ni dilaknak ALLAH . .eca ingat lagi masa sekolah agama darjah khas , time tu belajar jenayat bab murtad . .yep . .ustazah pernah pesan . .walaupun kita ni orang yang tak kuat agama , tapi islam dah mengajar kita untuk nasihat menasihati antara satu sama lain . .perkara tu akan disoal nanti . . hidup kat dunia ni seseorang perlu bertanggungjawab untuk nasihat bila ternampak perkara yang tak betul yang ada di depan mata . .okay okay . .kata-kata tu tersemat rapi dalam hati eca . .minta maaf . . eca dah banyak kali nasihat dia suruh tinggalkan dunia GAY tu . .continue reading . .


ECA : pada aku laa kan . .gay ni satu pembaziran untuk perempuan . ..lagi lagi part lelaki yang handsome tapi GAY !! entah laa . .aku tengok pon dah geli . .apa lagi nak kenal kan . .membazir betul . . .kau taknak berubah ke ??

HIM : ada masa aku akan berubah . .tapi buat masa sekarang aku nak enjoy apa yang ada kat depan mata . .GAY ni memang dah lahir dari hati . .aku tak boleh tipu diri aku . .nafsu aku ni memang ada pada lelaki . . sekarang ni kau nak ubah aku ?? aku tetap dengan pendirian aku ni . .lagi satu kau kena ingat ea , tak selamanya aku jadi macam ni , aku dah discuss dengan boy aku yang kitorang kena terima hakikat kitorang pasti berpisah and bawak haluan masing-masing . .tapi aku belum puas lagi laa echa . .tak puas enjoy . .kau nak tahu , hidup gayboy ni sebenarnya best . .kau tengoklah cara berpakaian , lagi satu ea , kitorang ni caring . .macam aku cakap tadi , memahami isi hati laki . . macam kau . .kau tahu ke isi hati laki ?? tak kan ?? and selalunya gay ni akan jaga penampilan . .kalau kau perasan laa gay ni selalu yang muka handsome kan . . hidup sentiasa jadi perhatian orang . .sebab tu laa best jadi gay ni . .aku dah ada orang tanggung hidup aku . .makan minum aku . . .seronok echa !!


BAIKLAH . .korang renungkanlah kay . .eca tak nak dunia ni berpatah balik macam zaman jahiliah dulu . .tiada kata yang mampu diungkap . .eca doakan beliau berubah ke jalan yang diredhai . .ada peluang untuk bertaubat tau kawan . . .

(PERCAYA PADA HUKUM KARMA )
///http//:rasagelipulakadanafsukatsamajenisni.//
-_-‘’

Monday, 16 April 2012

Johor Premium Outlets

Berakhir sudah , pencarian cintaku . .. eh ! eh ! tu lagu Pasha dengan Adelia kan ?? tu laa . .terminat lagu tu sampai terbawak mimpi . .huuuusshhh !!!

Taklaa . .berdasarkan lagu di atas , eca bukan nak tulis pasal cintacinta ni . .eca sendiri tak tahu makna cinta yang sebenar , umur pon baru 18 u all’s , ,takde pakwe . .hebat kan ?? hadoi ~ tergedik pulak . ..

Aww ! aww ! seronok tau dapat jalanjalan aritu dengan budakbudak tempat keje eca . .haiiyooo ~ btw thanxs to driver HAFIZI yang sudi boncengkan eca yang tak tahu malu ni naik kereta beliau yang ala-ala kereta control tu . .kereta control pon macam nak tercabut buah pinggang time enjin kereta dah setat . .hoho . .agakagak boleh terbang kereta tu .

Tempat yang ingin di tuju . .JPO . .paham tak ?? baiklah the meaning is JOHOR PREMIUM OUTLETS . .berfikir ~ sejak akhir akhir ni , ramai sibuk potpetpotpet tempat tersebut . .cantikkah ? hebat sangatkah ? tapi takpe . .kita slow talk kay . .ni semua gara gara HAFIZI yang ajak eca kuar bila OFFDAY sudah tiba . . .
 Hafizi : echa , kau cuti bila ??
Echa  : esok laa khamis , asal ?? ( tangan tengah tuang sup )
Hafizi : oohh . .kuar jom !
Echa : kau cuti ke esok ?? eh jomjom ! amek aku kat ruma . .
Hafizi : jom ! bawak papa sekali . .

Errrr !!! papa ?? who’s ??? okay . .okay . .abaikan perkataan PAPA . .eca paham korang tak paham kan siapa PAPA yang dimaksudkan FIZI tersebut ?? misteri . . . .

Okay ! tepat pukul 1 . .tak tepat laa . .eca da SETAT kua dari rumah Syera . .rumah syera ?? mengapa tak rumah eca sendiri ?? haiyaaa ~ ni lah gara gara nak pulangkan balik kasut safety boot beliau yang eca pinjam . .terpaksa menapak ke belakang shell lokasi kediaman syera . .YA ALLAH !! punyelah lembab bersiap , eca yang datang rumah beliau tanpa make up boleh siap awal . ..apo kono eh jang ! pelik barangkali ~ takpe . .lembab tak lembab beliau kawan eca . .tak marah pon , tak marah laa !!

Shiuuu ~ jalan jalan jalan ! setengah jam jugaklah nak sampai JPO . .teragak agak kn ?? sampai tertidur dibuatnya . .sumpah sayang ! eca memang tak boleh nak jalan jauh , mata mesti nak terlelap . .heeeee peace !



sekitar pada waktu malam . .


acane ??  hebat kan johor ?? well~

ouucchh ! tersentuh . ..benar kata orang . .cantik tempat tersebut . .nyaman nyaman makkk aihh !! siap ada air pancut kat tengah tengah . .dah ada niat nak mndi kat situ . .tapi memandangkan kawasan awam . .eca batalkan saja niat tersebut . ..mata eca liar memandang keadaan sekeliling . ..not bad ! ala ala kat London laa . ..style omputih nampaknya . ..eleh ! tak heran laa . .tapi frust sebab tak dapat bergambar . ..alah ! lagipon eca tak suka bergambar segala bagai nih ! hanya mampu melihat kawan kawan yang seronok snap sana , snap sini . .lihat sajalah picture beliau di bawah .



CEERO

*Psssttt !! cantik shawl tu , dapat dari mane hoo ?? hehe . .cun kan beliau ?? lihat ! lihat ! apa yang ada di kaki beliau ?? ouucchh . .heel’s tak boleh mengalah makcik sorang ni , ,terasa begitu rendah saat berada disisi beliau . . eleh ! tak heran pon laa . .pada hakikat sebenar eca lagi tinggi . .hmmmppphhh !!





 Baiklah ! inilah dia jejaka kitchen merangkap bar person (barisan belakang) , abang runner a.k.a *B/S* a.k.a busser (berbaju biru langit) and budak washing (bangle ditangan) wuuuwww !

Notis for jamil à  *jamil . .jangan marah tau yang pasal *BS* tu . .dalam J.A.D.U.A.L dah terbukti . .tengok gambar kau kat atas ni memang kau tak marah aku laa sebab gambar kau tengah senyum . .bermakna kau suka . .wieeee !!!!


Eca ade sebut jadual kan tadi ?? baiklah . .anda nak lihat ?? jadual tertera di bawah . . .
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
v






Dah paham bukan ?? ni laa dia jadual yang dimaksudkan . .jangan marah ye wahai kawan. . .saje saje nak bergurau . .alaa !! ketawa laa skit . ha ! ha ! ha ! dah dah cukup !! eca tak mampu nak beli sesuatu memandangkan barang di tempat tersebut terlalu mahalnye pun adoi ~. .bayangkanlah satu t-shirt bersamaan RM299.16 ?? tak ke terlopong mulut nak beli baju tu ?? kalau eca laa kan , dengan duit tersebut eca bagi mak suruh masak lemang + rendang + kuah kacang + ayam masak merah + sirap limau suam . .pehhhh !!!! don’t say any words !
Sambil jalan sempat lagi menjamah ice cream BR .. not BS !! thanks tau ‘awak’ sudi belanja. .hehe suke laa tu ! *tutup muka




Oowwhhh !!!! gambar di atas hanya sekadar gambar . .tapi betul !! eca memang makan ice cream BR berperisa coklat masa tu . .tak caya tanya AMIRUL , kan sayang kan ?? duit beliau serba sedikit kuar kat eca , tapi takpe . .ada rezeki eca belanja dia . ..sayang kene sabar kay . .tunggu gaji bulan ni masuk . .cakap je nak ape , basikal fixie , kasut supra , ferrero rocher , eleyh ! petik jari je lah semua tu . .ceh ! *berbual . .


Kaki sudah mencapai tahap letih . .tak kemana pon . .hanya ke JPO , JOHOR JAYA ( makan time ) , JUSCO ( nak tengok wayang tapi tak jadi , pundek orang ! ) and last ke pusat KARAOKE.. .eca malas laa nak cerita pasal karaoke ni . .suara dorang tak sesedap DATO’ SITI NURHALIZA . .jadi abaikan jelah . .. *jangan marah tau korang , pergi kelas vocal dulu belajar teknik nyanyian , confirm lepasni eca tulis BELOG untuk korang yang bersuara merdu tu ! ceh ceh !

Notis buat jamil lagi
I
I
I

I
V
Terima kasih tak terhingga sebab bagi aku rompak gambar gambar yang kat atas ni dalam muka buku kau . .hehe ~ ada lagi satu gambar muka kau yang aku kidnap yang ala-ala artis tu. .




HAMKA ( bukan nama sebenar )

Wooo artis woo . .juara mentor musim ke 3 , BLACK !!!! bangga betul dapat sebumbung kerja dengan artis . artis tau ni , artis . .jamil !! kau tak terasa ke benda ni menganjing ?? okay !

AMIRUL ~ thanks kay sebelum sebelum ni . ..jangan kembang semangkuk lak baca belog ni .maaf tiada gambar yang perlu di kongsi . tapi tetap seronok sebab baju kita sedondon . .sehati sejiwa kan sayang kan ?? hehe raya nanti kita sedondon lagi tau . nih ! amek lah gambar di bawah sebagai hadiah . .




Ouuhh !! gorgeous !! big cute like u laa cut person .


Mirul yang meaw , eca yang teddy bear tu kay ?? meh sini . .muaahhh 


  Baiklah kawan kawan seperjuangan !! 

AMIRUL

HAFIZI

SYERAA

ACOI

AWIE

JAMIL

terima kasih tak terhingga diucapkan . .terima kasih membazirkan masa korang hang out bersama eca , hang out yang tak masuk akal menyebabkan korang termasuk tol touch and go right ?? memang bodoh ketika itu . .terima kasih sekali lagi kepada manager yang bagi kitorang cuti serentak . .lain kali bagi lagi tau . .sebab lokasi seterusnya mungkin ke kampung batu pahat *berangan ! 

terima kasih lagi sekali sekali lagi . . .kay . dah penat ! kbai !









Wednesday, 11 April 2012

kiSah hATi 15

   Jari Fitri mengetuk-ngetuk meja makan sambil diperhatikan Arina .

    “ kau ni ! dari tadi aku tunggu kau nak cakap something , sekarang cakaplah , makanan yang kau pesan pun dah sampai Fit . apalagi . .cakap . . “ Arina menyedut minuman .

    “ emmm Rin , jangan marah aku tau , dengan bersaksikan bulan dengan bintang kat atas langit tu , aku nak lamar kau jadi kekasih hati aku walau aku senang atau susah , kau perempuan pertama yang berjaya buka pintu hati aku ni Rin , aku sedar dulu aku ni hipokrit , aku benci perempuan Rin , sebab masa aku tingkatan 2 , kawan aku kemalangan gara-gara seorang perempuan yang terlalu dia sayang , sampai sekarang Rin aku tak dapat nak maafkan perempuan tu , hampir 3 tahun pintu hati aku tertutup untuk mana-mana perempuan , kau nak tahu , kat sekolah lama aku tak boleh nak bersemuka dengan perempuan , ada je benda yang tak puas hati , mesti aku nak gaduh walaupun perempuan tu tak ada masalah , tak ada dosa dengan aku , sampai mak aku pun aku tak tegur sebab terlalu sangat ikutkan perasaan ni . Aku tak tahu lah kenapa aku benci gila kat perempuan . . .’’ belum sempat Fitri menuturkan kata-katanya , Arina mencelah .

    “ dah tu , kenapa nak luahkan semua benda ni kat aku ? kau jumpa aku semata-mata nak cakap fasal benda ni ? and sebab kemalangan tu je kau benci kat perempuan sampai mak sendiri jadi mangsa ? kau tahu tak semua benda yang berlaku Takdir Tuhan ? ‘’ bidas Arina dengan nada yang agak tinggi , Dia sensitif bila seorang anak sanggup tidak melayan perasaan ibunya dengan hanya ikutkan perasaan .

    “ tak Rin , sejak aku pindah , aku banyak kali berdoa biarlah perpindahan ni dapat melegakan benci aku kat perempuan . “

   Mata Fitri mula berkaca , airmata mula bertakung mengenangkan ibunya yang kurang berbual dengannya tidak seperti orang lain . Dia tahu ini salah dan dosa pada ibunya . Sejak kemalangan rakan baiknya Zaidi yang telah meninggalkan dunia yang indah ini , Fitri jarang sekali berbual mahupun bercakap sepatah pada ibunya . Jauh disudut hati dia ingin mendapatkan kembali detik-detik indah 3 tahun yang lalu saat dia mesra melayan ibunya . Dia rindu saat-saat bahagia itu . Namun , apakan daya , dengan sikap seorang perempuan yang sanggup menghancurkan hati rakan baiknya , dia nekad untuk membenci mana-mana perempuan yang ingin hadir dalam hidupnya untuk menjadi seorang sahabat mahupun kekasih .

    “ Rin , kau satu-satunya perempuan yang berjaya meluluhkan hati lelaki yang penuh dengan keegoan . Aku nampak ada Nur dalam diri kau , bagilah aku peluang tebus kesalahan aku pada perempuan , bagilah aku ruang untuk menapak sepenuhnya dalam hati kau . Walaupun kadang-kadang kau ni sombong , hati keras , tapi percayalah Rin , tak ada sesiapa yang bertakhta kat hati aku ni kecuali kau sayang “
kata-kata Fitri begitu menusuk ke jantung Arina . Pedih !! begitu tuluskah lelaki yang bernama Daniel Fitri mencintai gadis yang bernama Arina Sofea ??

    “ emmm Fit , aku minta maaf , aku dah berjanji dalam hidup aku tak akan menerima mana-mana lelaki selagi aku tak capai cita-cita aku . Aku tak nak kecewa disebabkan seorang lelaki . ‘’

    “ aku faham Rin , aku tak paksa kau untuk terima aku , tapi aku sanggup tunggu kau 10 atau 20 tahun lagi untuk mendapat cinta kau . Terima kasih sudi keluar dengan aku malam ni . Terima kasih Rin dengar rintihan aku ni . .’’ Fitri melebarkan senyumannya . Dengan harapan yang penuh didada , dia berharap agar Arina dapat menerimanya dengan hati yang ikhlas .

      “ Fit , kau tunggu jap , aku nak pergi tandas , jangan pergi mana-mana , tunggu sini tau ‘’ Arina ketawa kecil . Begitu juga dengan Fitri .

    *arrgghh ! Rin . . . please , tak boleh ! jangan sia-siakan cita-cita kau ,jangan sia-siakan janji janji  kau hanya untuk seorang lelaki. . .* Fikiran Arina bercelaru . Hatinya mula tidak keruan sebaik saja mendengar keluhan Fitri sebentar tadi .

    *YA ALLAH , tunjukkan aku jalan yang sebenar benarnya , jika Fitri sudah tertulis untukku , teruskanlah hubungan ini dengan jalan yang diredai , bukakanlah hatiku untuk menerimanya dengan hati yang ikhlas . Jika bukan jodohnya untukku , padamlah perasaannya terhadap diriku * Doa Arina didalam hati . Dia duduk termenung di kerusi berhampiran taman bunga . Sengaja dia memberitahu Fitri ingin ke tandas walhal dia hanya menenangkan fikirannya di kerusi yang telah disediakan untuk pengunjung malam itu merehatkan diri .

    “ ish mana pulak Rin ni ,’’ Fitri membelek-belek jam tangannya .

    “ ehem ! ‘’ Arina kembali dengan wajah yang tenang .

    “ lama kau pergi tandas . .15 minit kot . .’’

    “ eleh ! baru 15 minit dah bising , cuba kalau aku balik terus , tak ke melalak kau kat sini ‘’ Gurau Arina . Berbunga hati Fitri melihat gurauan Arina .

    “ dah siap makan ?? ‘’ Tanya Arina dengan penuh kelembutan .

    “ dah sayang ‘’ Fitri mengerlipkan mata kanannya . Arina terkedu .

    “ Fitri . .emmm  . .aku . . .’’

    “ aku apa ?? ‘’ Pertanyaan Fitri mula resah . Arina diam tanpa kata-kata . “ kau nak balik ya ? ok . .jap lagi aku hantar kau . ‘’ jawab Fitri dengan nada yang mendatar .

    “ Fitri , aku . . .aku boleh terima kau . . “ terketar-ketar Arina menuturkan kata-katanya .

    “ betul ke Rin ? ‘’ dengan nada yang begitu lembut Fitri bersuara . Dia berani untuk menatap  wajah ayu Arina .

    “ emm . .aku tak boleh tipu diri aku . .jiwa aku betul-betul sakit Fit , aku rasa ni masa yang aku perlu beritahu aku dah mula sayang kau sejak kau ada kat sekolah tu . .tapi aku terlalu ikutkan janji yang aku tak boleh terima mana mana lelaki . .pedih Fit nak tahan perasaan ni , hanya ALLAH yang ada dalam hati aku . Tapi aku nampak keikhlasan kau cintakan aku , sebab tu aku berani luahkan perasaan ni kat kau . .tapi Fit , aku fikir juga perasaan Suraya , dia cintakan kau Fit , tak sanggup aku nak lukakan hati dia . .”

    “ Rin . .kenapa pentingkan perasaan orang lain sedangkan hati kau luka buat pengorbanan macam ni , biarlah apa orang nak kata , yang penting cuma kau dalam hati aku sekarang . .’’ Fitri senyum , hatinya cukup bahagia . Begitu juga dengan Arina . Tiada kata yang mampu diungkap . Hanya memanjatkan  kesyukuran kepada ILLAHI .

    “ thanks Fit terima aku , kau sanggup ke nak jadikan aku ni kekasih hati kau walaupun aku ni kadang-kadang keras hati , perangai pun garang mengalahkan singa . .’’

    “ macam singa ke , beruang kutub ke , bini tarzan ke , aku sanggup sayang . .‘’ Fitri merenung mata Arina . Arina tertunduk malu .

    “ terima kasih jugak untuk kau , terima lelaki yang keras hati macam aku ni , keras-keras pun , hati aku ni boleh lembut tengok perempuan macam kau . .’’ berbisik sedikit Fitri kepada Arina .

    “ ngadalah kau ni . .!! ‘’ Arina mencubit lengan Fitri . Fitri terjerit sedikit . Akhirnya mereka ketawa .


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, 4 April 2012

kerjaya


kay’s . .lizot SPM pun’s sulah keluar meyh. .haiyaa ~ mau mati tengok itu lizot ! talak tawu mau celita apalagi . .. . ( nape tibe2 macam apek jual sayur yang bercakap ni -.-‘’ ??? )





BAIKLAH ! SILA ABAIKAN AYAT DI ATAS !!!




 firstly . .congrat’s to my batch 94 because the best of SPM result along 5 years . .really ?? OMG !!! pandai barangkali beliau semua ni . .TERIMA KASIH YA ANAK2 KERANA MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG . .dengan bertemankan cuaca yang agak sejuk barangkali . .eca taknak pon bagitawu result eca . .takot korang mati katak melihat keadaan keputusan SPM eca cenggitu. .wieeee


takde pape yg perlu dicerita . ..but semakin hari semakin sedar tentang tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang anak yang dah tak berschool lagi . ..sumpah baru nak sedar . .ni masa yang sesuai untuk eca balas balik jasa mak ayah yang banyak berabis duit untuk sekolahkan eca . .u all’s . .eca bukan orang senang kay . .bermula daripada family yang hidup susah . .dengan berkat kesabaran , usaha yang tinggi . .Alhamdulillah hidup senang sekarang . .tapi tak sesenang yang anda semua jangkakan . .takde laa sampai ade sebijik , dua bijik , berbijik-bijik ferarri . .kalau ferrero rocher tu eca mampu laa beli sampai bijik berbijik. .hehe . ..baiklah ! eca bukan senang nak luahkan perasaan eca pada sesiapa because eca jenis yang suka pendam perasaan . .tapi eca tak tipu . .apa yang eca pendam tak pernah bebankan hidup eca . .selalu orang kata kalau kita pendam sesuatu boleh mengakibatkan penyakit ‘stress’ menular .apakah ??? but prinsip eca lain . .selagi ada Allah kat hati eca . .Dia lah tempat eca mengadu .. .


sayang ~ sejak tengok result SPM macam tu . .eca hilang arah . .lupa segala-galanya . .lupa tentang cinta , kawan , family and keadaan disekeliling . .but itu hanya sementara . .korang jangan fikir result eca so so so bad . .but boleh dikatakan memuaskan . .BERSYUKUR apa yang ada . .cuma kalau boleh biarlah eca meniti kehidupan yang akan datang dengan kebebasan . .tak mahu terikat dengan apa-apa yang boleh membebankan otak eca yang susah nak proses sesuatu perkara ni haa !! kesimpulan ayat eca di atas . .tumpuan eca hanya pada KERJAYA . .kumpul rezeki banyakbanyak . .eca nak tengok mak ayah senang . .walaupun rezeki yang eca terima tak sehebat mana but eca tetap ada tanggungjawab nak kongsi rezeki dengan parents eca . .


yang dah berkerja tu kerja baikbaik kay . .ingat mak ayah yang besarkan kita . .balas balik jasa penat lelah diorang . .bukan apa laa member . .eca cakap ni berdasarkan pengalaman . .sentiasa pandang kehadapan . .by the way  . .FUTURE yang eca tumpukan sekarang . .  ( NAK JADI PENULIS KATANYA ) kalau tak dapat sambung blaja , takpe kay . .dah dapat kerja yang baik . .kerja laa elok2 . .mane tawu dapat naik pangkat , jadi bos ke . manager ke . .so . . . . KEPADA BUDAK2 TEMPAT KERJA ECA !!! eca tulis ni sebenarnya untuk korang tau !! korang dah dapat kerja yang baik sebenarnya , TAK MATI KERJA SITU tapi MACAM NAK MATI KAN ??? but really mengerti korang fikir pasal gaji sebenarnya. .betol tak ?? BAIKLAH ! memang tension kerja kat ‘RESTORAN’ tersebut tapi TRUST eca . .susa samasama , senang samasama rite ?? always tension . .haiyoooo ~ betul kata doorperson kita . .eca dah anggap korang like family eca sendiri . kene paham itu . . TETAPI korang memang PENYABAR melayan kehendak customer . .  ( beri tepukan yang gemuruh ) 


AYAT TERSIRAT

Kepada junior yang masih bersekolah . .belajar rajin-rajin. .andai dapat kuundurkan masa . .eca taknak siasiakan zaman persekolahan eca . .kalau boleh taknak langsung ada perasaan CINTA dalam diri !! adik yang disayangi . .lupakan sebentar tentang cinta . .takpe muka tak hensem , tak lawa . .asalkan result bia sedap mata memandang . . ( btw eca bersyukur dikurniakan rupa macam ni . .comel kan eca ?? kay . .kepada pendengki eca silakan muntah ! ) eca percaya pada cinta , tapi biarlah cinta tu dibawa angin sementara . .( sedang mengenali erti sebenar cinta ) tapi takpe . .tu semua pengalaman . .pengalaman mendewasakan eca . .belajar dari kesilapan . ..

okay . .korang boleh senyum sekarang !


 :)

 :)

 :)

 :)

 :)

 

SPOIL !