Powered By Blogger

Wednesday, 28 March 2012

andai itu takdirnya

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Selesai kan baca novel  7 HARI MENCINTAIKU ?? okay next novel ialah ANDAI ITU TAKDIRNYA . . ouucchh , ,tersentuh barangkali ! writer yang sama . SITI ROSMIZAH .. eca tak tawu laa . .dah terminat lak kat hasil karya dia . .best seller kay novelnovel beliau . .tabik ah !!!

Watak perempuan masih diutamakan . . Aleya gadis kampung yang low profil but muka beliau eca imagine begitu cantik , putih , bibir mugil bak kata SITI ROSMIZAH . Aleya ni belajar kat oversea tak silap . .satu kolej dengan watak lelaki yang sombong diberi nama Syed Aizril . .ego !! sumpah !! jahanam itu orang . .Aizril cuma pandang perempuan yang setaraf dengan dia jeg . .

Masih lagi mengisahkan kahwin paksa . .perkahwinan mereka terjadi disebabkan kawan Aizril yang perangkap diorang ni . .kesian kat Aleya sebab tak tahu diri dia telah diperangkap . .orang ramai sangkakan diorang kne tgkap khalwat . start mula kahwin Aleya dah banyak telan kata kata makian Aizril pada dia  , sampai Aleya ni kene rogol dengan suami sendiri dan ditinggalkan di tepi jalan . .part yang mula nak mengeluarkan airmata eca start Aleya pregnant kene sepak dengan Aizril time hujan lebat , sehingga salah satu anak kembar Aleya dalam kandungan mati . .

“Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskin tapi Leya juga ada maruah diri.”

YA ALLAH sedihnya !! ( eca cuba nak tahan airmata ni tapi tak bole . .asyik nak keluar jeg ) agak terbakar hati eca bile Aizril nak kahwin dengan Emilin sepupu dia sendiri and Aizril akan jatuhkan talak kat Aleya bila dia dah nikah dengan si Emilin kucing gatal ni . Emilin memasang dendam sebab menjangkakan Aleya ni merampas kekasihnya .

Andai Itu Takdirnya , kuasa Tuhan takde sape yang boleh halang. .Aizril tak jadi kahwin dengan Emilin sebab excident masa dalam perjalanan nak pergi nikah . start sini laa dia lumpuh and mula nak menagih balik cinta kat Aleya . .nasib baik Aleya ni baik . .dia sanggup jaga Aizril yg lumpuh tu sampai boleh brjalan . .Aleya buat semua ni sebab mybe dia rasa dalam dunia ni takde sape yg sayang dia . family dia buang dia jauh2 sebab pernikahan bodoh tu . .cinta mula berputik . . sungguhsungguh romantic . .Aizril memang romantic orangnya di samping anak yang membesar depan mata . .

Kebahagiaan Aleya tidak kesampaian sampai satu tahap Aizril hilang sabar dengan dia sebab termakan kata kata kawan baiknya sendiri . .( tak paham betul aku dengan perangai Aizril ni ) . .masih lagi dengan sifat keegoan yang menguasai diri . .sekali lagi Aizril berhasrat untuk menjatuhkan talak sebaik saja dia nikah dengan Emilin . .Aleya pergi membawa diri dengan kesakitan yang dialami iaitu barah otak . .( sedih beb ! sedih beb ! kata-kata Aleya memang menusuk habis time dia rela Aizril nikah dengan Emilin . . ni lah part yang mengundangkan airmata barangkali . .habis tisu segulung mengesat airmata yang tak reti-reti nak berhenti . .ish !!!! )

Tersentuh pulak part hari raya !! wah !!!!! best gila . .suasana macam eca raya kat kampung lak . .start sini laa Aizril betul-betul nak berubah . .nak jadi suami yang baik kepada Aleya . ayah yang bertanggungjawab untuk Dania anak beliau . .tapi Emilin masih tak puas hati sebab tak dapat cinta daripada Aizril

“you dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah I akan pastikan hidup you musnah… musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I janji Zril. I janji”

 haiyaaaa !! apalagi Emilin ni !! macam nak jerut jeg leher beliau . ada je agenda yang Emilin pasang untuk kenekan Aleya . ..apa agaknya yang terjadi kat Aleya yang tengah mengalami barah otak tu ?? Andai Itu Takdirnya . .sampai sini kot eca boleh cerita . ..kalau baca novel ni korang dapat rasakan betapa peritnya Aleya meniti kehidupan menjadi seorang isteri kepada Syed Aizril . ..boleh rasa kesakitan yang dialami Aleya walaupun hanya watak yang diwujudkan dalam novel . .okay !!! happy ending u all’s !!



- synopsis of story -

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tidak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kesalahan yang pernah dibuat pada saya."


"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu TakdirNYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.


"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."



_________________________

Tuesday, 13 March 2012

7 hari mencintaiku

7 HARI MENCINTAIKU

Huww sedihlaa . .eca nangis ni , sedih barangkali baca novel yang paling latest i buy at Harris . The title of story is 7 HARI MENCINTAIKU . .Ya Allah !! thanks a lot to writer SITI ROSMIZAH yang menyebabkan pipi eca ni sentiasa dibasahi oleh airmata sendiri along read this novel. .



Mata eca bengkakbengkak , sepet jadinya ..budakbudak tempat keje eca biol melihat keadaan eca cenggitu . dorang sangkakan eca frust because of love but eca mmg frust pon . merajuk dgn beliau 5 hari mmbawa diri ke p.pinang. . jao kan ?? gile kan ?? selama 5 hari tu laa eca mgkhatamkan novel tersebut .
Owwhh syahdu . .korang harus percaya sebab novel ni mempunyai 1000++ m/s . .1st time oke . .xrugi bro beli novel ni walaupun harga RM32.00 . but oke oke laa mngikut ktebalan novel ni jugak . .



Ok ! perkara pertama yg harus dicerita tentang seorang gadis yang bernama Mia Adriana yg merupakan anak orang kaya , perangai yang agak sombong , ego dengan harta kekayaan yang dimiliki . .mengimbas kembali detik persekolahan . .si Mia ni pernah sekolah kat kampung . .situasi masa tu kat Temerloh Pahang . .Mia ni 1 sekolah dengan Khuzairi iaitu jejaka kampung yang paling dia benci . Khuzairi ni ada perasaan cinta kat Mia walaupun Mia ni junior dia time tu . lepastu diorang berpisah sebab penceraian ayah ibu Mia time tu . Khuzairi ni pulak dah jadi perindu yang setia kat Mia ni . .



Perjumpaan antara Mia dengan Khuzairi ni terjadi bila Khuzairi pergi pejabat peguam dimana Mia merupakan peguam kat situ .
Sebenarnya cerita ni mengisahkan kahwin paksa . start time Mia nak nikah dengan tunang dia , tak silap nama dia Khalil , memang geram gila baca part yang ni sebab Khalil tinggalkan majlis tu kerana duit semata-mata but bagus gak sebab bapak si Mia ni nak tutup malu , dia suruhlaa si Khuzairi ni yang kebetulan datang majlis nikah Mia gantikan tempat Khalil . kira si Khuzairi ni jadi pak sanggup laa time tu . .eca dapat rasakan . .berbunga kot hati Khuzairi sebab dpt nikah dgn Mia .



Kat sinilah part Mia terpaksa duduk kat kampung , bermulanya pergaduhan antara Mia dengan mak mentua dia sndiri , Mia ni memang x ngam dgn fmily Khuzairi ni . .kelakar pon ada gak time dia gaduh tu . .macam2 perkara terjadi . bila da baca pertengahan buku tu , best part ni time cinta Mia dengan Khuzairi mula berputik ( awww awww . .jelez barangkali ) tgh syok bhagia , ada jeg bnda mak mntua dia tak suka . .( spoil laa mak Khuzairi ni !! eca harap mak mentua eca tak macam ni -.-‘’)
Bnyak betul kata2 kesat Mia bom kat mak mntua dia , jahat gak Mia ni . .( eca yg dok sedap baca rasa mcm nak lempang pon ada gak kt dak Mia ni . .geram laa kawan !! )



( Geram eca tak habis lagi ni ) ada 1 part Mia sggup tinggalkn suami dgn anak sndiri sbb nak bawa diri pergi KL . . syahdu ~ ( eca dpt rasakan perasaan Khuzairi time ni , airmata eca sntiasa turun kalau u all’s nak tahu )
Especially part yang mengundangkan airmata tak henti2 time Buntat , kanak2 lembam mati . .memang sedih time ni , start sini laa Mia mula berubah balik kmpung nak menagih balik cinta suami dia dalam masa 7 hari sebelum Khuzairi nikah dengan Syakila gedik tu . .part yg ni mmg sedih sgt2 . :’( dlm masa 7 hari tu laa di mohon agar Khuzairi cintakan dia . .( patutlaa tajuk dia 7 hari mencintaiku )
Jalan cerita yg menarik  , 2x khatam baca novel ni . . puas hati oke . .agak2 Khuzairi cintakan Mia x dalam masa 7 hari tu ?? baca sendiri laa tau ? tau ?



Kalau novel ni difilemkan , watak Mia tu sesuai dengan pelakon IZARA AISHAH or ANZALNA . kalau baca novel ni , harus di matching kan dengan lagu MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR . sesuai u all’s !!! happy ending ~
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V




~ SYNOPSIS OF STORY ~
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Tuesday, 6 March 2012

kiSah hATi 14

   Malam sabtu , ramai pengunjung membanjiri pasar malam yang dibuka untuk para peniaga mencari rezeki .Bangunan Street Mall yang terletak berhampiran dengan pasar malam tersebut tersergam indah dengan cahaya lampu yang dinyalakan begitu menarik perhatian para pengunjung yang berada disitu . 

        “ ops ! sorry kak , maaf saya tak nampak akak kat tepi tadi .‘’ Azlan , seorang remaja lelaki dalam lingkungan belasan tahun membongkokkan badannya lalu mengutip barang yang jatuh sebentar tadi .

        “ eh . .tak apa , adik ok ke ?? ‘’ tanya Arina yang penuh sopan sambil kepalanya ditundukkan sedikit .

        “ saya tak ada apa-apa , sorry ye kak , emmm. . macam kenal laa akak ni , akak angkat Amir kan ?? ‘’ telunjuknya lurus tepat berada di hadapan muka Arina . Arina mengerutkan dahinya .

        “ emmm yup , kawan Amir ke ?? tapi akak tak pernah nampak awak pon kat sekolah ?? “

        “ memanglah sebab saya bukan satu sekolah dengan Amir , kitorang satu team kalau tiap malam ada game futsal kat Taman Indah . Anyway saya Azlan , panggil Lan je .’’

        “ oh , tapi macam mana Lan boleh kenal akak ?? ‘’

        “ Amir pernah tujuk gambar akak kat Lan dalam handphone dia , really sweet gila ! tapi bila dah jumpa depan-depan ni , Lan rasa nak gugur jantung Lan ni tengok akak . Sumpah cantik ! ‘’

        “ Ish Amir ni pon satu , tak reti nak simpan gambar , kalau boleh kat semua orang dia nak tunjuk ! ‘’ gerutu Arina dengan nada yang geram .

        “ tak apalah kak , akak kan cantik , boy akak pon handsome .’’ Lan tersenyum sambil menaikkan keningnya .

        “ apa ? boy ? boy akak ? tak adalah . .akak mana ada boy .‘’

        “ yeke ? Fitri tu siapa kak ? Amir yang bagitahu akak ada affair dengan abang Fit . ‘’

        “ ehem ! ehem ! ‘’ dengus Fitri yang datang dari arah belakang belakang .

        “ eh , abang Fit , kitorang baru je sebut-sebut fasal abang , ingatkan nak ngumpat sekali kan kak ? panjang umur abang Fit . .” Azlan menepuk bahu Fitri berulang kali .

        “ pandai lah kau , apahal kat sini ? korang tak ada game malam ni ?

        “ tak ada . . sekali sekala jalan jalan kat Mall nak release tension , apa salahnya , by the way , girl abang ni cantik , pandai pulak abang pilih , untunglah Amir nanti . ‘’ Azlan tergelak . Fitri terkedu , sempat lagi matanya mengerling ke wajah Arina yang tunduk menahan malu .

        “ eh , xpelah . abang dengan akak dating jelah dulu , Lan dah nak balik ni , bye kak ! miss akak tau . ‘’ Azlan berlalu pergi . Wajah Fitri berubah cemburu . Arina beriak biasa bagai tiada apa yang berlaku . Dia senyum melihat Azlan yang sempat toleh kebelakang memandangnya .

        “ hmmm sukalah tu ! ‘’ rajuk Fitri dengan nada cemburu .

        “ eh kau ni kenapa ? jelouse ya ? alah . .budak kecik je pon .’’ jawab Arina bersahaja .

        “ emm ok ! ‘’ Fitri mengangkat bahunya .

        “ ish dah lah , kenapa nak jumpa aku ni ? ‘’

        “ kalau ye pon Arin ,kita carilah tempat duduk dulu. .mana tahu kau nak belanja aku makan ke kan . . ‘’

        “ ish tak kuasa , kau yang nak jumpa , kau lah belanja , tapi cepat sikit laa , mak aku suruh balik sebelum pukul 10 nanti .’’

        “ laa . .baru pukul 8:30. . sabar ye sayang . .’’

        “ yelah ! kat sana tu CHICKEN CHOP CUBA RASA . .jom ! ‘’ Arina melemparkan senyumannya ke wajah kacak Fitri . Fitri bagai melayang di awangan melihat keanggunan yang dimiliki oleh Arina .

        “ kau buat apa lagi kat situ , jom lah cepat !! ‘’ jeritan Arina menghentikan lamunan Fitri . Mereka berjalan beriringan ke Restoran yang tidak jauh dari Bangunan Street Mall .

         “ Fitri , semua Full , tak ada pon yang kosong untuk kita ‘’ nada Arina yang begitu resah sambil matanya tercari cari tempat yang perlu dikosongkan . Fitri dari tadi tidak tekerlip matanya memandang gelagat Arina . Dia senyum dengan sendiri . *YA ALLAH , kenapalah minah ni comel sangat ! * bisik Fitri di dalam hati .

        “ emm Arin , kau tunggu sini dulu , aku carikan tempat untuk kita , duduk sini tau , jangan pergi mana mana .‘’ sempat lagi dia melemparkan senyuman . Hampir 10 minit Fitri kembali dengan wajah yang ceria .

        “ dah ke ?? ‘’ tanya Arina .

        “ dah ! ada satu tempat special untuk kita tau , jom !! ‘’ Fitri menarik lengan Arina . Arina yang baru tersedar cepat cepat menarik kembali tangannya .

        “ eh , sorry Rin ‘’ Fitri terkedu .

        “ emm tak apa .’’ jantung Arina berdegup kencang , dia tidak mengerti mengapa sejak akhir ini hatinya ingin luluh jika terserempak dengan Fitri . Apakah ini yang dinamakan cinta ?? *arrgghhh !! tak mungkin Arin , ingat !! kau perlu lepaskan exam yang paling bermakna dalam hidup kau * jeritnya di dalan hati .

        “ ok ! Cik Arina Sofea , silakan duduk .’’ Fitri menarik kerusi memberi ruang untuk Arina duduk terlebih dahulu .

        “ cantik table ni , pandai kau pilih , aku nampak macam full tadi . ‘’

        “ hmmm tengok rupa lah , aku kenal lah orang yang berniaga chicken chop kat sini , sebab tu aku mintak tolong dia tadi . ‘’

        “ ok ! straight to the point , kenapa nak jumpa aku ni ?? ‘’ pertanyaan Arina begitu lembut . Hati Fitri sudah mula cair . Mahu saja dia menjerit ingin memberitahu seluruh dunia bahawa dialah lelaki yang bertuah dapat bersua muka dengan wanita idaman yang memiliki paras rupa yang cukup sempurna yang dimiliki oleh Arina Sofea .

Monday, 5 March 2012

kiSah hATi 13

Lamunan Arina terhenti sebaik sahaja pintu biliknya dikuak ,

        “ Arin kenapa tak tidur lagi ni sayang ?? ‘’ Mak Timah menjengukkan kepalanya melihat anak gadis yang berkulit putih itu sedang memikirkan sesuatu .

        “ eh mak ! masuklah ‘’ jawab Arina bersahaja .

        “ hmmm mak tengok sejak Leeya balik tadi kamu ni asyik termenung je , kenapa . teringat buah hati ya ?? ‘’

        “ ish mak ni , SPM Arin pon tak lepas lagi tau . nantilah tunggu Arin dah kerja , dah ada duit , Arin kahwin ya mak ?? lelaki sekarang ni kan mak , bukan nak bini yang cantik , pandai masak tapi ada jugak tu nak dapat bini yang berharta , macam ayah tu ‘’ Arina tergelak  .

        “ hissh budak ni ,pandai je tau nak petik nama bapak dia tu sekali , dah lah , pergi tidur sana , esok sekolah “ Mak Timah mencubit pipi anaknya itu .

        “ yela-yela .mak ! lampu tu tutupkan nanti ! hehe . sayang mak !! . ‘’ Namun , sebaik sahaja Arina ingin melelapkan matanya , telefon bimbitnya berdering  . Arina bingkas bangun lalu mencapai telefon bimbitnya di tepi katil .wajahnya tiba-tiba bertukar sebaik sahaja melihat nama yang tertera di skrin handphonenya .

        “ Assalamualaikum ‘’ Fitri memulakan bicara .

        “ Wa’alaikumsalam “ terketar-ketar suara Arina membalasnya .

        “hye Arin , dah tidur ??

        “ hye , aku baru je ni nak tidur , emm Fit , mesej petang tadi tu , emmm aku . . . aku tak sure lagi lah dapat jumpa kau ke tak kat Mall .

        “ takpe , aku tak paksa pon kau nak jumpa aku ke tak nak .kenapa tak tidur lagi ni sayang ?? kau teringat kat aku kan ?? “ debaran kian menular didada Fitri sebaik sahaja mengungkapkan perkataan sebegitu terhadap Arina .

        “err , ada-ada jelah kau ni . kau tu kenapa tak tidur lagi . agaknya kau kot yang teringat kat aku kan “ Arina menepuk pipinya cuba mengawal perasaan . Perkataan ‘sayang’ yang dikeluarkan Fitri sebentar tadi bermain-main di mindanya .

        “ eh ! mana ada ! ‘’ Fitri cuba menyembunyikan perasaannya .

        “ yelah tu , kalau tak kenapa malam-malam kene call aku . macam esok kat sekolah tak boleh jumpa je kan ‘’

        “ hehe .takpelah Arin .kau tidur tau . aku saja call nak dengar suara kau . .rindu pulak ! ‘’ Fitri melebarkan senyumannya kerana berani meluahkan perasaan rindunya terhadap insan yang bernama Arina Sofea .


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Aleeya bergegas menuruni anak tangga . Niatnya mahu ke tandas terhenti sebaik sahaja melihat Fazura menangis di tepi tangga . Aleeya mendekatinya .

        “ Faz . . .kenapa ni ?? ‘’ Aleeya cuba mententeramkan Fazura yang semakin teresak esak tangisnya .

        “ Leeya !! teruk sangat ke aku ni sampai diorang hina aku macam ni ?? ‘’ Fazura merebahkan kepalanya di bahu Aleeya . Aleeya semakin tidak mengerti  apa yang cuba disampaikan oleh Fazura .

        “ kau cakap apa ni Faz ?? aku tak faham .‘’ Aleeya menggaru kepalanya . 

        “ aku tak sangka Amy sanggup buat aku macam ni , kalau betul dia marah aku pon sebab aku backup Arina masa kat tandas , janganlah nak jaja kat satu sekolah yang aku hidup miskin . aku malu Leeya , dia cerita kat semua orang yang aku kawan dengan dia semata-mata nak harta sebab aku ni hidup miskin . . aku pon ada hati dengan perasaan .janganlah letak darjat aku ni kat tapak kaki dia . . aku tahu dia kaya , berharta , aku rapat dengan dia sebab dia ugut family aku . aku ni dilayan bagai orang gaji , aku kene turut semua perintah dia . kalau tak , family aku mungkin di halau dari rumah tu sebab rumah tu bapak dia yang sewakan untuk kitorang sekeluarga . kau faham-faham jelaa Amy dengan family dia berlagak .aku tak sanggup Leeya nak hadap semua orang .“

Berderai jua airmata Aleeya mendengar keluhan Fazura . Dia tidak menyangka Amylea yang dianggap teman rapat Fazura selama ini sanggup merperlekehkan rakannya itu .

        “ dah lah Faz , aku kan ada , Arin pon ada . kau jangan sedih lagi . aku tak pernah nak memilih kawan walau dia hidup kaya atau miskin , semua orang sama darjat disisi ALLAH. kau kene tabah . Doa tu penting Faz . dekatkan diri kau dengan ALLAH . ALLAH sentiasa mendengar rintihan umatnya .“ Aleeya menepuk bahu Fazura dengan lembut .

        “ aku malu Leeya . aku malu . . macam mana aku nak bersemuka dengan Arin kalau selama ni aku selalu burukkan dia dengan kau , tapi percayalah , bukan niat aku nak sakitkan hati Arin atau kau , tapi Amy yang suruh aku buat benda-benda macam ni .aku takut Leeya , aku takut . .aku takut kalau family aku hidup merata tempat . aku tak sanggup tengok family aku macam tu . YA ALLAH . banyak betul dosa aku kat Arin dengan kau . maafkan aku Leeya . maafkan aku . ‘’ Fazura tersedu sedu . makin laju airmatanya mengalir dipipi . Aleeya memegang erat tangan Fazura .

        “ takpelah Faz , benda dah lepas biarkan berlalu , kau dengar cakap aku ni , belajar rajin-rajin , kalau kau dah berjaya , hidup kau dengan keluarga mungkin bahagia , lepasni kalau kau boleh bawa keluarga kau keluar dari rumah tu .bina hidup baru . tapi dalam keadaan terdesak macam ni . banyakkan berdoa Faz . kau minta dengan ALLAH agar family kau dilindungi sentiasa .‘’ Aleeya melemparkan senyuman yang cukup manis .

        “ terima kasih Leeya ‘’ Fazura membalas senyuman .

        “ hmmm comelnya kau senyum , patutlah ramai lelaki minat kau , kau je yang jual mahal . ‘’ Aleeya mencuit pipi Fazura . Fazura tunduk dengan wajah yang malu .

        “ emmm Leeya , bawa aku jumpa Arin , aku nak minta maaf kat dia , aku nak tebus semua dosa aku kat dia . boleh kan ?? ‘’ Aleeya tidak berkata apa apa . hanya senyuman yang mampu terukir di wajahnya .