Powered By Blogger

Sunday, 27 May 2012

~ TINGKATAN ENAM ~




PENDAHULUAN 

Assalamualaikum . . meawwww !! hehe ~ lame seyh tak update . . lame seyh ! lame seyh ! errrr ! -.-‘’ maklumlah dah jadi bebudak sekolah balik. . haaaa ??? mengapa ?? ahaaaa !!! eca kecundang . . sumpa down mase tak dapat UPU . padan muke eca kan ? huh ! 7 jam menangis like budakbudak kecik menyorok bawah tangga malu aaaaa mak ayah tengok mata pipi idong telinga merahmerah . malu kan ? malu kan ? *tutupmuka !!!


jangan tanya pape pon kay . . eca sihat Alhamdulillah . *ceh tetibe .. ABAIKAN
no sad . .  everything is gone . open new book then think positive . forget the bad matter untuk seketika . . boleh kan sayang ??

berdasarkan tajuk yang diberi . .eca bukan nak tulis karangan 300-350 patah perkataan. . tu format SPM karangan BM tu. . but now fikiran eca terus melayang untuk STPM yang bakal eca hadapi kalaukalau umo eca panjang lagi laa . . takot tak dengar STPM ?? takot kan . . STPM merupakan top 5 exam TERSUSAH  di dunia . . yeke ?? tak heran pon ~ lalalalala .. . errrrrr ! :’{


PERENGGAN PERTAMA

Kay kay . . kejujuran sedang berlaku . . eca dulu pernah gaduh dengan sorang akak ni . . time tu eca form 4 .. . akak tu six lower . pepagi dah gaduh kat perhimpunan . . eca pendek , beliau tinggi . . macam kelakar kan ?? punca utama eca tak boleh nak bagitahu . . SUMPAH ! eca anti gila dengan form 6 ni tak kiralah sesape yang bergelar form 6 time tu. . rase macam nak bagi tapak converse size 11 jeg hahhhh hambiikk kau !!! betul . . eca tak boleh nak pandang wajahwajah form 6 tak kiralah dari sekolah mane walaupon ada segelintir takde dosa dengan eca pon . . sejak kejadian gaduh tu laa eca BENCI TINGKATAN ENAM . BENCI TINGKATAN ENAM dan sekali lagi BENCI TINGKATAN ENAM ! mintak maaf kay . . :’(

bencibenci jugak . . sampailah satu tahap ni tangan eca boleh gedikgedik nak taip SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2012 . . korang nak tengok keputusan dia ??
I
I
I
I
I
I
I
V

brrrr ! -.-‘’


Jangan kaget kay . . perkara yang eca benci tu laa eca boleh berada di tingkatan 6 sekarang . . terkejut ?? hoh !!!!! *silakan terbeliak mata sambil mulut ternganga !! 3 malam nangis sampai dah ada niat nak buat solat sunat istikharah . gila tak ?? gila tak ?? hati eca betul betul tak dapat lagi nak terima form6 ni . mungkin ni salah eca . tak baik kan kalau kita membenci sesuatu .. dosa kan ?? dosa kan ?? huuuuusssshhh !!!!! for akak akak and abang abang yang TERR terasa tu eca nak minta ampun maaf zahir dan batin sebab pernah TERR curi 1 buku form6 then TERR koyak. . hmmmm macam sedih ny L degilnyeee eca !!!! ambiklahh hanger baju ke , tali pinggang , rotan or apa apa yang bole sebat eca sebatlah !! *cehberbualbual


PERENGGAN KEDUA

btw sekarang , sejak masuk form 6 , dah tahu jalan cerita and selok belok mengenai pra-U ni . . hati eca mula terima siketsiket but not full kay . . eca tetap tunggu tawaran UPU walaupon 1st intake 2nd intake 3rd intake or ape ape intake laaa segala bagai . . kay kay dah cukup ! tapiiiiiii .. . . . yang seronoknye eca just hadapi 3 semester . exam kamikami boleh repeat !! korang ade ke ?? 100% standard university . . barangkali ~ kitorang first batch . . anak sulung laa katakan ~ untungkan ?? eleyh jelez lettew .. huhu .


hari pertama masuk sekolah , jantung dah berdegup dah ni . tengok keadaan sekeliling . . alalala !! ramainya member yang eca tak kenal . agak pendiam jugak mase itu . .. gedik kan ?? tetibe jek jadi pendiam ni . .. ramey tino tino hok molek . toksah ghoyak laa . .. segan nak tegor . . macam eca lak yang datang dari sekolah lain . . majoriti ramai yang bukan dari sekolah eca . . apeni ?? mane aci seyh.. kaytakpe takpe . masukmasuk dah kene kuarantin sampai 10 hari . . grrrrrrr !!!! ntah hape hape cikgu membebel kat depan . . tapi yang seronok laa eca tido kat belakang . ni kalau dah form 6 perangai tak ubah lagi ni mimpi laa kau nak dapatkan degree . .. *errr ! tu ayat mak mak tu !


PERENGGAN KETIGA

Sejak kenal dengan beliau beliau. . seriously mula mula macam yes yes jugak laa dorang sume  . kay takpe . kite lek lek lu . . BY THE WAY , bila mulut da SETAT berbicara . . oooowwwww !!! bole layan kepala dorang ni . sporting u all’s !! agak terkejut jugak jugaklaa sebab menghadapi pelbagai perangai yang eca jumpa.. err ! -.-‘’ boleh pergi jao !!!! lalalalala ~ *matakeatas ! so , totally memang bersukaria because i got a new friend from other school . .. ade yang lawa , pendiam , kepoh , manja , hensem , peramah , gedik , sombong , pendek , tinggi , tak cukup matang , terlebih matang , berlagak , kerek , ye ye oo . . *haiisshh ade jugak yang nak kene penampor aku ni .. kay sabar ~  


ISI TERSIRAT ~

kay dah habis mencarut dah. .. so kepada bebudak FORM 6 from TD’s batch 2012 !! still early to say HELLOW !! welcome to the club ~ SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA JOHOR BAHRU , JOHOR. . *ceh dah macam jurucakap tahun melawat malaysia pulak dah ni . .  waahh bangganya !! jadikan form 6 tahun ni lebih meriah riang ria dihari raya . .. belajar rajin rajin tau sayang . .THE MOST IMPORTANT THING IS REALLY HARD TO LEARN , FOCUS , EFFORT AND PRAYER. .  i hope result STPM kita nanti boleh buat orang lain tengok sampai terkeluar biji mata hahhhh !! ade rezeki kita buat degree sesame tau ! tau ! tau ! eca harap form 6 tahun ni luar biasa drpd form 6 sebelum sebelum ni kay . . korang korang buat laa ape yang patot sampai terkandung dalam world book of records . bangga kan kalau dapat pecah rekod dunia sampai cenggitu sekali ?? *heeeewww berangan tak habes habes kau nyah !


KESIMPULAN

eca harap ni keputusan muktamad eca masuk pra-U . . kalian doakan yang bebaik untuk eca tau . . ade rezeki eca belanje choki-choki . . eh ! sedap tau choki-choki . . macam comelcomel kan makan benda alah tersebut tu ??? ngeeeee ~ dahkay habes merepek . . eca nak pasang azam baru nak SETADI BEBETUL .. *ceh ape seyh . . . dah nak masuk bulan 6 baru nak pasang azam . . standard lettew ~ abaikan jelaa . . dududududu ~

Thursday, 17 May 2012

kisah hati 17


   Arina duduk termenung sambil matanya dihalakan ke luar tingkap kelas . Fikirannya buntu mengenangkan nasib Fazura . Aleeya sudah menceritakan segala-galanya tentang nasib yang menimpa keluarga Fazura .

    “ hoi ! moody je kau ni ?? ‘’ bahunya ditepuk perlahan . Lamunannya terhenti seketika sebaik sahaja Aleeya menarik kerusi duduk di hadapannya .

    “ ish ! tak adalah . . hmmm macam mana nak tolong family Faz tu ?? aku tiba-tiba sedih pula masa kau cerita ‘’

    “ hmmmm ntahla Rin , aku ingatkan Faz tu jahat lah sangat sampai sanggup burukkan kau ‘’

    “ yang tu aku tak heran sangat , aku tak ambil kesah pun . Tapi masalah sekarang nak tolong family dia je ni . “

    “ aku tengah buntu ni , sanggup Amy buat dia macam tu , heeiisshh apa punya manusialah sanggup tikam member sendiri !” gerutu Aleeya yang mula menunjukkan rasa tidak puas hatinya .

    “ hmmm bialah dia , semua manusia buat silap , cuma kita ni je yang kadang-kandang sedar atau tak silap yang kita buat tu . “ Mereka berdua diam . tiada kata yang mampu diungkapkan ketika ini .

    “ hai Rin . .‘’ Fitri mencelah secara tiba tiba .

    “ err hai ‘’ jawab Arina bersahaja . dengan tidak semena mena jantungnya berdegup kencang melihat Fitri sudah mula menarik kerusi duduk di sebelahnya .

    “ mengumpat aku ?? ‘’ Tanya Fitri .

    “ ish ! perasan laa kau ! ‘’ marah Aleeya .

    “ alaaa ..relex ah ! saja je .. kenapa tak turun makan ?? kan tengah rehat . .pergilah makan , nanti tak sempat pula . .’’

    “ malas ! aku ikut Arin , kalau Arin makan , aku makan , kalau tak , tak lah . .’’ jawab Aleeya bersahaja .

    “ ok ! kalau macam tu aku pon ikut Arin jugak lah ! boleh kan sayang ?? ‘’ bersahaja jawapan Fitri . 

Arina sudah mula mengerutkan dahi melihat perlakuan Fitri menyebut perkataan ‘sayang’ dihadapan Aleeya . Malu dibuatnya . Mahu tidak mahu dia harus menyembunyikan perhubungan antara dia dengan Fitri daripada diketahui oleh sesiapapun.

    “ apa ?? sayang ?? kau dengar tak Rin ?? mamat ni dah syok kat kau . .alahai . . . loya tekak mak ! ‘’ Aleeya memegang tengkuknya .

    “ alah ! bialah dia , dia yang gila bayang , siapa suruh ! ‘’ Sepantas Arina menjeling kearah Fitri . Berubah riak wajah Fitri ketika ini . Terkejut benar dengan jawapan ringkas Arina . Arina mengenyitkan matanya . Fitri hanya mampu senyum .

    “ Arin , aku haus , aku turun jap tau ! ‘’ Aleeya sudah mula bangun .

    “ eleh ! tadi kata taknak turun , ngada-ngadalah kau ni . ‘’ Arina mencebikkan bibirnya .

    “ kejap jelah ! aku haus ni , kau tak kesian ke kat aku , kalau aku mati kebulur macam mana ?? ‘’

    “ yela . .pergi jelah . ‘’ Aleeya berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di dalam kelas .

    “ ok bebas ! ‘’ Fitri mendepangkan tangannya .

    “ what ?? ‘’ Tanya Arina .

    “ bebaslah sayang . .tak ada orang kacau kita dating . .nak tahu tak , tadi kat kelas aku asyik teringat kat kau je tau . .nak tulis pon boleh terbayang muka kat kat buku tu . Teruk kan gila bayang aku ni kat kau ‘’

    “ oh jadi betullah apa yang aku cakap tadi kau gila bayang ?? ’’

    “ entah ! Rin , kau tak rindu aku ke ?? ’’

    “ perlu ke aku rindu kau ?? ‘’

    “ perlu ! “

    “ motif ?? ‘’

    “ sebab kau satu satunya bini aku . .’’

    “ cik abang ! awak ni dah angau ye . .lepaskan SPM dulu pleaseeee !! ‘’

    “ apa salahnya . .alaaa Rin , aku rindu kat kau , kalau boleh tak nak berenggang satu hari pon dengan kau tau . .’’

    “ ish ngada-ngadanya . .cakap slow sikit boleh tak , orang lain kalau dengar , tak cukup tanah tau aku lari sebab nak tutup muka ni . .’’

    “ that’s not my problem ! ‘’

    “ because of you I’m shy ok . .’’

    “ ok ok surrender ! ish , tak nak mengalah betul ‘’ Fitri memandang wajah putih Arina . ya ! kau satu satunya perempuan yang dapat mencairkan hati lelaki yang penuh dengan  keegoan ni wahai Arina . .percayalah ! tiada siapa yang apat halang hubungan ini . Aku ikhlas jadikan kau seorang puteri yang bertakhta didalam hati ini . . bisik Fitri didalam hati . Mereka duduk berbual , sekali sekala kedengaran tawa mereka . .semoga bahagia menjadi milik mereka . . .
   
        

Tuesday, 8 May 2012

kisah hati 16


Agak lama mereka berbual , namun , Fitri sudah mula ingin menyusun persoalannya .

    “ Arina , sudi kau jadi teman sehidup semati aku ?? ‘’ Wajah Arina bertukar merah , ingin sahaja dia berlari mengelilingi Bandar ini . Hanya senyuman yang mampu dihadiahkan untuk lelaki yang bernama Daniel Fitri . Fitri seakan mengerti . Dia senyum lalu menundukkan sedikit kepalanya .

    “ Fitri , sehidup je tau , semati tak ..’’ bersahaja jawapan Arina

    “ ala . . . tapi kenapa ?? ‘’ rajuk Fitri seakan budak kecil

    “ emmm . . yelah , siapa jelah aku ni kan . . kalau aku da mati , kau mesti da pasang niat nak pasang lagi satu , yelah . . sebab tu tak nak semati dengan aku .’’ Fitri mencebikkan bibirnya .

    “ elah ! mengada-ngada lah sayang aku ni , tapi kalau pasang lagi satu apa salahnya . . ‘’ Arina sengaja menaikkan sedikit keningnya .

    “ tengok tu ! ‘’ Marah Fitri .

    “ comel lah kau marah . . sweet sour je ‘’ Arina bagai mahu gelak . tak tahan melihat gelagat Fitri begini . “emmm tak lah . . kalau kau betul-betul ikhlas , aku nak sangat semati dengan kau . Bia tak ada sesiapa yang boleh rampas sayang aku ni . . ‘’Arina meletakkan tangannya didada .

    “ betul Rin ?? ‘’ tanya Fitri dengan bersungguh-sungguh , Arina mengangguk .

    “ tapi aku nak tahu siapa ada kat hati kau tu . . ‘’Fitri sengaja mengajukan soalan begitu pada Arina

    “ emmm adalah ! ‘’ Jawab Arina sambil matanya menjeling ke arah jalan raya .

    “ alah Rin . .dalam hati aku cuma ada kau , tapi tak tahulah dalam hati kau tu . .’’

    “ kuat merajuk lah kau ni , ok . .Fitri sayang , dalam hati aku ni cuma ada insan yang memiliki nama Mohd Daniel Fitri ‘’ dengan penuh kelembutan Arina menjawab soalan Fitri . Dia senyum sambil tangannya meraba handphonenya yang berada di dalam beg . Dia membuka handphonenya .

    “ alamak!! Dah pukul 9:30 . .cepatnya . .’’ Arina mengerutkan dahinya .

    “ ok . .dah nak balik ya sayang abang ni. .aku hantar kau balik naik kereta . .nasib baik aku naik kereta , kalau naik motor . . . ‘’

    “ hah ? abang ? kau ni , berangan lebih laa . .’’ Arina menyiku lengan Fitri .

    “ haha . .saja nak manja-manja dengan kau . .bukan dengan orang lain pon , dengan bini sendiri . .’’

    “ Fitri , cukup-cukuplah tu dengan khayalan kau , tadi abang , sekarang bini , pantang bagi lampu hijau lah kau ni . . ‘’ Arina mencebikkan bibirnya .

    “ alah !! gurau pon tak boleh . .’’

    “ jap ! kau cakap tadi naik kereta , kau ada lesen ?? ‘’ Ragu-ragu Arina menanyakan soalan .

    “ ada lah ! umur aku da cukup ! ni haa !! ‘’ Fitri mengeluarkan dompetnya sambil menunjukkan lesen memandu kepada Arina . Arina mencapai lalu membelek-belek lesen tersebut .

    “ ok . .’’ ringkas tutur kata Arina .

    “ kau ni macam JPJ jeg nak tengok-tengok lesen aku . .‘’

    “ eleh ! biar lah ! ‘’ Mereka bangun berjalan beriringan menuju ke parking kereta . Belum sempat Arina membuka pintu kereta , Fitri sudah mencapainya terlebih dahulu lalu dibukakan pintu untuk Arina . Arina senyum dengan penuh keikhlasan . Berbunga hati Fitri ketika ini , dia berdoa agar kebahagiaan menjadi milik mereka .

Hampir pukul 10 Arina tiba di hadapan rumah . Sempat lagi matanya menjeling memerhati sekeliling rumah  . Ternyata masih terang rumah teres dua tingkat milik bapanya .

    “ ok Cik Arina Sofea , dah sampai . .’’

    “ emm Fit , thanks bawa aku keluar , bahagia sangat sebab kau belanja makan hari ni . .’’

    “ bahagia sebab aku belanja makan ? apa ni Rin . .’’ Fitri memuncungkan bibirnya .

    “ apa ni , apa ? alah ! yelah . .bahagia sebab dapat keluar dengan buah hati pengarang jantung aku ni . .’’

    “ hehe . .hai . . . .happynya aku malam ni . .terima kasih sayang ! ‘’ Fitri melemparkan senyuman .

    “ kasih di terima . .janji jangan hancurkan hati aku . .kalau tak . . . .’’ sempat lagi Arina mengetuk stereng kereta .

    “ apa ? apa ? nak bunuh ? bunuh lah Rin , kalau boleh kau siat sekali hati aku ni , kau akan nampak hati aku ni ada nama kau je . .’’ Jawab Fitri bersahaja .

    “ hmmm dah lah . .aku masuk dulu . .nite’s sayang . .’’ Bisik Arina dengan nada yang lembut . Arina membuka pintu kereta lalu berjalan menuju ke pintu pagar . Telefonnya berdering menandakan mesej masuk .

*thanks sayang . goodnite sweetheart*

Sempat lagi Fitri menghantar mesej . .Arina menoleh kebelakang . Senyuman Fitri yang dilemparkan untuknya begitu menusuk jantungnya .  Fitri berlalu pergi . Senyuman Arina mengiringi pemergian Fitri pada malam itu .