Powered By Blogger

Thursday, 29 December 2011

kiSah hATi ( 7 )

KISAH HATI 7

“ Arin !! nak pergi mana ?? ‘’ Aleeya yang baru masuk ke kawasan sekolah berlari mendapatkan Arina yang sedang menuju ke tandas .. 

“ aku nak pergi tandas jap .. kau tunggu aku kat kelas , kalau cikgu da masuk , pandai-pandai la kau cakap aku pergi jumpa ustaz ‘’ Arina tiada mood untuk masuk ke kelas , pagi itu sekolah berjalan seperti biasa , Arina bersaing berjalan di sebelah Zaquan .

“ hai sayangggggggg !! makkk  oiiiii !!! bibir pink ! ‘’ Zaquan mencuit bahu Arina

“ sayang seyh ! geli !! kenapa kalau bibir aku pink pon ?? kau nak ?? ‘’ Arina memuncungkan bibirnya

“ eh ! boleh sangat kalau kau nak bagi ‘’

“ boleh ! boleh blah ‘’ Arina menjelirkan lidahnya

“ apa la kau , pagi-pagi da buat dosa dengan aku , baik kau mintak maaf cepat ! ‘’

“ perlu ke aku mintak maaf dengan kau ?? ‘’

“ perlu ! aku lagi tua dari kau , aku lahir bulan 1 , kau bulan 3 kan ?? ‘’

“ eh x ! aku lahir bulan Ramadan .. blllueeeekkk ! kau cemburu ! ‘’

“ tak kisah la , bulan Ramadan ke , bulan mengambang ke ,, yang penting kat kelas tu aku dah jadi abang-abang ! apalagi , cepat la mintak maaf ! ‘’ Zaquan menhulurkan tangannya , “ cium tangan ea , lebih afdal ‘’ Zaquan menjengketkan keningnya.

“ tak payah nak jadi sengal  sangat la teleng ! ‘’ Arina berjalan menuju ke tandas , di samping itu , Zaquan sudahpun menaiki tangga untuk menuju ke kelas .

“ oi minah , kau nak pergi mana ?? masuk kelas !! ‘’ Zaquan memandang Arina dari atas koridor tingkat 1.

“ aku nak pergi tandas , nak ikut ke ?? ‘’ tanya Arina yang mendongakkan kepalanya melihat Zaquan .

“ eh ! boleh , boleh ! ‘’ Zaquan menuruni anak tangga .

“ hmmmm , aku tak kesah kau nak ikut , tapi kau nanti yang kesah kalau kene marah , jom ! ‘’ ajak Arina dengan selamba .

“ takde hal la ! ‘’ Zaquan mengekori Arina dari belakang

“ ehem ! mesranya …. ‘’ sergah Fitri dari arah tepi mereka .

“ eh ! Fit ! sihat brother ?? ‘’ Zaquan menepuk bahu Fitri .

“ Alhamdulillah sihat , emm Arin , kau sihat ??  ‘’ Fitri memandang wajah Arina yang penuh dengan kelembutan.

“ aku sihat ! ‘’ jawapan ringkas Arina . jantung Arina mula berdebar-debar melihat Fitri yang berada di situ , mereka sebenarnya segan untuk bertentang mata kerana Fitri sudah meluahkan perasaannya tehadap Arina . begitu juga dengan Fitri , Fitri malu untuk berbual panjang dengan Arina , nasiblah ada Zaquan yang berada di situ .

“ kau tanya Arin je ?? habis aku , kau tak tanya pulak ?? ‘’ Zaquan mencelah

“ kau sentiasa sihat apa ……. ‘’ Fitri melemparkan senyuman .

“ hehe .. kau nak ikut ? Arina ajak aku pergi tandas .. hebat kan aku ?? ‘’ Zaquan menepuk dadanya .

“ pergi tandas ?? buat apa seyh ?? kau tukar jantina apa …….. ‘’ tanya Fitri dengan perasaan pelik .

“ eh tak ! aku saja ajak dia , aku ingat dia main-main , tapi tak tahu pulak dia ikut aku dari belakang ‘’ Arina pula mencelah .

“ oh … hmmmm ‘’ Fitri hanya mampu tersenyum , dia dapat merasakan perasaan cemburu mula datang di hatinya kerana melihat kemesraan dua sahabat itu .

‘’ eh , Fit ! kau jelouse ke ?? tak laa… aku saja main-main , kau gila apa muka handsome masuk tandas perempuan , tak macho la nanti aku ‘’ Zaquan memandang wajah Fitri yang mula berubah ..

“ emm k laa .. aku nak pergi tandas jap , ‘’ Arina melemparkan senyuman kearah Zaquan dan Fitri . dia tidak mahu lama-lama di situ , hatinya mula tidak tenteram melihat Fitri . Fitri rasa bersalah kerana mengganggu perbualan antara ArIna dan Zaquan .


No comments:

Post a Comment