Powered By Blogger

Monday, 5 March 2012

kiSah hATi 13

Lamunan Arina terhenti sebaik sahaja pintu biliknya dikuak ,

        “ Arin kenapa tak tidur lagi ni sayang ?? ‘’ Mak Timah menjengukkan kepalanya melihat anak gadis yang berkulit putih itu sedang memikirkan sesuatu .

        “ eh mak ! masuklah ‘’ jawab Arina bersahaja .

        “ hmmm mak tengok sejak Leeya balik tadi kamu ni asyik termenung je , kenapa . teringat buah hati ya ?? ‘’

        “ ish mak ni , SPM Arin pon tak lepas lagi tau . nantilah tunggu Arin dah kerja , dah ada duit , Arin kahwin ya mak ?? lelaki sekarang ni kan mak , bukan nak bini yang cantik , pandai masak tapi ada jugak tu nak dapat bini yang berharta , macam ayah tu ‘’ Arina tergelak  .

        “ hissh budak ni ,pandai je tau nak petik nama bapak dia tu sekali , dah lah , pergi tidur sana , esok sekolah “ Mak Timah mencubit pipi anaknya itu .

        “ yela-yela .mak ! lampu tu tutupkan nanti ! hehe . sayang mak !! . ‘’ Namun , sebaik sahaja Arina ingin melelapkan matanya , telefon bimbitnya berdering  . Arina bingkas bangun lalu mencapai telefon bimbitnya di tepi katil .wajahnya tiba-tiba bertukar sebaik sahaja melihat nama yang tertera di skrin handphonenya .

        “ Assalamualaikum ‘’ Fitri memulakan bicara .

        “ Wa’alaikumsalam “ terketar-ketar suara Arina membalasnya .

        “hye Arin , dah tidur ??

        “ hye , aku baru je ni nak tidur , emm Fit , mesej petang tadi tu , emmm aku . . . aku tak sure lagi lah dapat jumpa kau ke tak kat Mall .

        “ takpe , aku tak paksa pon kau nak jumpa aku ke tak nak .kenapa tak tidur lagi ni sayang ?? kau teringat kat aku kan ?? “ debaran kian menular didada Fitri sebaik sahaja mengungkapkan perkataan sebegitu terhadap Arina .

        “err , ada-ada jelah kau ni . kau tu kenapa tak tidur lagi . agaknya kau kot yang teringat kat aku kan “ Arina menepuk pipinya cuba mengawal perasaan . Perkataan ‘sayang’ yang dikeluarkan Fitri sebentar tadi bermain-main di mindanya .

        “ eh ! mana ada ! ‘’ Fitri cuba menyembunyikan perasaannya .

        “ yelah tu , kalau tak kenapa malam-malam kene call aku . macam esok kat sekolah tak boleh jumpa je kan ‘’

        “ hehe .takpelah Arin .kau tidur tau . aku saja call nak dengar suara kau . .rindu pulak ! ‘’ Fitri melebarkan senyumannya kerana berani meluahkan perasaan rindunya terhadap insan yang bernama Arina Sofea .


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Aleeya bergegas menuruni anak tangga . Niatnya mahu ke tandas terhenti sebaik sahaja melihat Fazura menangis di tepi tangga . Aleeya mendekatinya .

        “ Faz . . .kenapa ni ?? ‘’ Aleeya cuba mententeramkan Fazura yang semakin teresak esak tangisnya .

        “ Leeya !! teruk sangat ke aku ni sampai diorang hina aku macam ni ?? ‘’ Fazura merebahkan kepalanya di bahu Aleeya . Aleeya semakin tidak mengerti  apa yang cuba disampaikan oleh Fazura .

        “ kau cakap apa ni Faz ?? aku tak faham .‘’ Aleeya menggaru kepalanya . 

        “ aku tak sangka Amy sanggup buat aku macam ni , kalau betul dia marah aku pon sebab aku backup Arina masa kat tandas , janganlah nak jaja kat satu sekolah yang aku hidup miskin . aku malu Leeya , dia cerita kat semua orang yang aku kawan dengan dia semata-mata nak harta sebab aku ni hidup miskin . . aku pon ada hati dengan perasaan .janganlah letak darjat aku ni kat tapak kaki dia . . aku tahu dia kaya , berharta , aku rapat dengan dia sebab dia ugut family aku . aku ni dilayan bagai orang gaji , aku kene turut semua perintah dia . kalau tak , family aku mungkin di halau dari rumah tu sebab rumah tu bapak dia yang sewakan untuk kitorang sekeluarga . kau faham-faham jelaa Amy dengan family dia berlagak .aku tak sanggup Leeya nak hadap semua orang .“

Berderai jua airmata Aleeya mendengar keluhan Fazura . Dia tidak menyangka Amylea yang dianggap teman rapat Fazura selama ini sanggup merperlekehkan rakannya itu .

        “ dah lah Faz , aku kan ada , Arin pon ada . kau jangan sedih lagi . aku tak pernah nak memilih kawan walau dia hidup kaya atau miskin , semua orang sama darjat disisi ALLAH. kau kene tabah . Doa tu penting Faz . dekatkan diri kau dengan ALLAH . ALLAH sentiasa mendengar rintihan umatnya .“ Aleeya menepuk bahu Fazura dengan lembut .

        “ aku malu Leeya . aku malu . . macam mana aku nak bersemuka dengan Arin kalau selama ni aku selalu burukkan dia dengan kau , tapi percayalah , bukan niat aku nak sakitkan hati Arin atau kau , tapi Amy yang suruh aku buat benda-benda macam ni .aku takut Leeya , aku takut . .aku takut kalau family aku hidup merata tempat . aku tak sanggup tengok family aku macam tu . YA ALLAH . banyak betul dosa aku kat Arin dengan kau . maafkan aku Leeya . maafkan aku . ‘’ Fazura tersedu sedu . makin laju airmatanya mengalir dipipi . Aleeya memegang erat tangan Fazura .

        “ takpelah Faz , benda dah lepas biarkan berlalu , kau dengar cakap aku ni , belajar rajin-rajin , kalau kau dah berjaya , hidup kau dengan keluarga mungkin bahagia , lepasni kalau kau boleh bawa keluarga kau keluar dari rumah tu .bina hidup baru . tapi dalam keadaan terdesak macam ni . banyakkan berdoa Faz . kau minta dengan ALLAH agar family kau dilindungi sentiasa .‘’ Aleeya melemparkan senyuman yang cukup manis .

        “ terima kasih Leeya ‘’ Fazura membalas senyuman .

        “ hmmm comelnya kau senyum , patutlah ramai lelaki minat kau , kau je yang jual mahal . ‘’ Aleeya mencuit pipi Fazura . Fazura tunduk dengan wajah yang malu .

        “ emmm Leeya , bawa aku jumpa Arin , aku nak minta maaf kat dia , aku nak tebus semua dosa aku kat dia . boleh kan ?? ‘’ Aleeya tidak berkata apa apa . hanya senyuman yang mampu terukir di wajahnya .

No comments:

Post a Comment