Powered By Blogger

Tuesday, 6 March 2012

kiSah hATi 14

   Malam sabtu , ramai pengunjung membanjiri pasar malam yang dibuka untuk para peniaga mencari rezeki .Bangunan Street Mall yang terletak berhampiran dengan pasar malam tersebut tersergam indah dengan cahaya lampu yang dinyalakan begitu menarik perhatian para pengunjung yang berada disitu . 

        “ ops ! sorry kak , maaf saya tak nampak akak kat tepi tadi .‘’ Azlan , seorang remaja lelaki dalam lingkungan belasan tahun membongkokkan badannya lalu mengutip barang yang jatuh sebentar tadi .

        “ eh . .tak apa , adik ok ke ?? ‘’ tanya Arina yang penuh sopan sambil kepalanya ditundukkan sedikit .

        “ saya tak ada apa-apa , sorry ye kak , emmm. . macam kenal laa akak ni , akak angkat Amir kan ?? ‘’ telunjuknya lurus tepat berada di hadapan muka Arina . Arina mengerutkan dahinya .

        “ emmm yup , kawan Amir ke ?? tapi akak tak pernah nampak awak pon kat sekolah ?? “

        “ memanglah sebab saya bukan satu sekolah dengan Amir , kitorang satu team kalau tiap malam ada game futsal kat Taman Indah . Anyway saya Azlan , panggil Lan je .’’

        “ oh , tapi macam mana Lan boleh kenal akak ?? ‘’

        “ Amir pernah tujuk gambar akak kat Lan dalam handphone dia , really sweet gila ! tapi bila dah jumpa depan-depan ni , Lan rasa nak gugur jantung Lan ni tengok akak . Sumpah cantik ! ‘’

        “ Ish Amir ni pon satu , tak reti nak simpan gambar , kalau boleh kat semua orang dia nak tunjuk ! ‘’ gerutu Arina dengan nada yang geram .

        “ tak apalah kak , akak kan cantik , boy akak pon handsome .’’ Lan tersenyum sambil menaikkan keningnya .

        “ apa ? boy ? boy akak ? tak adalah . .akak mana ada boy .‘’

        “ yeke ? Fitri tu siapa kak ? Amir yang bagitahu akak ada affair dengan abang Fit . ‘’

        “ ehem ! ehem ! ‘’ dengus Fitri yang datang dari arah belakang belakang .

        “ eh , abang Fit , kitorang baru je sebut-sebut fasal abang , ingatkan nak ngumpat sekali kan kak ? panjang umur abang Fit . .” Azlan menepuk bahu Fitri berulang kali .

        “ pandai lah kau , apahal kat sini ? korang tak ada game malam ni ?

        “ tak ada . . sekali sekala jalan jalan kat Mall nak release tension , apa salahnya , by the way , girl abang ni cantik , pandai pulak abang pilih , untunglah Amir nanti . ‘’ Azlan tergelak . Fitri terkedu , sempat lagi matanya mengerling ke wajah Arina yang tunduk menahan malu .

        “ eh , xpelah . abang dengan akak dating jelah dulu , Lan dah nak balik ni , bye kak ! miss akak tau . ‘’ Azlan berlalu pergi . Wajah Fitri berubah cemburu . Arina beriak biasa bagai tiada apa yang berlaku . Dia senyum melihat Azlan yang sempat toleh kebelakang memandangnya .

        “ hmmm sukalah tu ! ‘’ rajuk Fitri dengan nada cemburu .

        “ eh kau ni kenapa ? jelouse ya ? alah . .budak kecik je pon .’’ jawab Arina bersahaja .

        “ emm ok ! ‘’ Fitri mengangkat bahunya .

        “ ish dah lah , kenapa nak jumpa aku ni ? ‘’

        “ kalau ye pon Arin ,kita carilah tempat duduk dulu. .mana tahu kau nak belanja aku makan ke kan . . ‘’

        “ ish tak kuasa , kau yang nak jumpa , kau lah belanja , tapi cepat sikit laa , mak aku suruh balik sebelum pukul 10 nanti .’’

        “ laa . .baru pukul 8:30. . sabar ye sayang . .’’

        “ yelah ! kat sana tu CHICKEN CHOP CUBA RASA . .jom ! ‘’ Arina melemparkan senyumannya ke wajah kacak Fitri . Fitri bagai melayang di awangan melihat keanggunan yang dimiliki oleh Arina .

        “ kau buat apa lagi kat situ , jom lah cepat !! ‘’ jeritan Arina menghentikan lamunan Fitri . Mereka berjalan beriringan ke Restoran yang tidak jauh dari Bangunan Street Mall .

         “ Fitri , semua Full , tak ada pon yang kosong untuk kita ‘’ nada Arina yang begitu resah sambil matanya tercari cari tempat yang perlu dikosongkan . Fitri dari tadi tidak tekerlip matanya memandang gelagat Arina . Dia senyum dengan sendiri . *YA ALLAH , kenapalah minah ni comel sangat ! * bisik Fitri di dalam hati .

        “ emm Arin , kau tunggu sini dulu , aku carikan tempat untuk kita , duduk sini tau , jangan pergi mana mana .‘’ sempat lagi dia melemparkan senyuman . Hampir 10 minit Fitri kembali dengan wajah yang ceria .

        “ dah ke ?? ‘’ tanya Arina .

        “ dah ! ada satu tempat special untuk kita tau , jom !! ‘’ Fitri menarik lengan Arina . Arina yang baru tersedar cepat cepat menarik kembali tangannya .

        “ eh , sorry Rin ‘’ Fitri terkedu .

        “ emm tak apa .’’ jantung Arina berdegup kencang , dia tidak mengerti mengapa sejak akhir ini hatinya ingin luluh jika terserempak dengan Fitri . Apakah ini yang dinamakan cinta ?? *arrgghhh !! tak mungkin Arin , ingat !! kau perlu lepaskan exam yang paling bermakna dalam hidup kau * jeritnya di dalan hati .

        “ ok ! Cik Arina Sofea , silakan duduk .’’ Fitri menarik kerusi memberi ruang untuk Arina duduk terlebih dahulu .

        “ cantik table ni , pandai kau pilih , aku nampak macam full tadi . ‘’

        “ hmmm tengok rupa lah , aku kenal lah orang yang berniaga chicken chop kat sini , sebab tu aku mintak tolong dia tadi . ‘’

        “ ok ! straight to the point , kenapa nak jumpa aku ni ?? ‘’ pertanyaan Arina begitu lembut . Hati Fitri sudah mula cair . Mahu saja dia menjerit ingin memberitahu seluruh dunia bahawa dialah lelaki yang bertuah dapat bersua muka dengan wanita idaman yang memiliki paras rupa yang cukup sempurna yang dimiliki oleh Arina Sofea .

No comments:

Post a Comment