Agak lama mereka
berbual , namun , Fitri sudah mula ingin menyusun persoalannya .
“ Arina , sudi kau jadi teman sehidup
semati aku ?? ‘’ Wajah Arina bertukar merah , ingin sahaja dia berlari
mengelilingi Bandar ini . Hanya senyuman yang mampu dihadiahkan untuk lelaki
yang bernama Daniel Fitri . Fitri seakan mengerti . Dia senyum lalu menundukkan
sedikit kepalanya .
“ Fitri , sehidup je tau , semati tak ..’’
bersahaja jawapan Arina
“ ala . . . tapi kenapa ?? ‘’ rajuk Fitri
seakan budak kecil
“ emmm . . yelah , siapa jelah aku ni kan .
. kalau aku da mati , kau mesti da pasang niat nak pasang lagi satu , yelah . .
sebab tu tak nak semati dengan aku .’’ Fitri mencebikkan bibirnya .
“ elah ! mengada-ngada lah sayang aku ni ,
tapi kalau pasang lagi satu apa salahnya . . ‘’ Arina sengaja menaikkan sedikit
keningnya .
“ tengok tu ! ‘’ Marah Fitri .
“ comel lah kau marah . . sweet sour
je ‘’ Arina bagai mahu gelak . tak tahan melihat gelagat Fitri begini . “emmm
tak lah . . kalau kau betul-betul ikhlas , aku nak sangat semati dengan kau . Bia
tak ada sesiapa yang boleh rampas sayang aku ni . . ‘’Arina meletakkan
tangannya didada .
“ betul Rin ?? ‘’ tanya Fitri dengan
bersungguh-sungguh , Arina mengangguk .
“ tapi aku nak tahu siapa ada kat hati kau
tu . . ‘’Fitri sengaja mengajukan soalan begitu pada Arina
“ emmm adalah ! ‘’ Jawab Arina sambil
matanya menjeling ke arah jalan raya .
“ alah Rin . .dalam hati aku cuma ada kau ,
tapi tak tahulah dalam hati kau tu . .’’
“ kuat merajuk lah kau ni , ok . .Fitri
sayang , dalam hati aku ni cuma ada insan yang memiliki nama Mohd Daniel Fitri
‘’ dengan penuh kelembutan Arina menjawab soalan Fitri . Dia senyum sambil
tangannya meraba handphonenya yang berada di dalam beg . Dia membuka handphonenya
.
“ alamak!! Dah pukul 9:30 . .cepatnya . .’’
Arina mengerutkan dahinya .
“ ok . .dah nak balik ya sayang abang ni.
.aku hantar kau balik naik kereta . .nasib baik aku naik kereta , kalau naik
motor . . . ‘’
“ hah ? abang ? kau ni , berangan lebih laa
. .’’ Arina menyiku lengan Fitri .
“ haha . .saja nak manja-manja dengan kau .
.bukan dengan orang lain pon , dengan bini sendiri . .’’
“ Fitri , cukup-cukuplah tu dengan khayalan
kau , tadi abang , sekarang bini , pantang bagi lampu hijau lah kau ni . . ‘’
Arina mencebikkan bibirnya .
“ alah !! gurau pon tak boleh . .’’
“ jap ! kau cakap tadi naik kereta , kau
ada lesen ?? ‘’ Ragu-ragu Arina menanyakan soalan .
“ ada lah ! umur aku da cukup ! ni haa !! ‘’
Fitri mengeluarkan dompetnya sambil menunjukkan lesen memandu kepada Arina .
Arina mencapai lalu membelek-belek lesen tersebut .
“ ok . .’’ ringkas tutur kata Arina .
“ kau ni macam JPJ jeg nak tengok-tengok lesen
aku . .‘’
“ eleh ! biar lah ! ‘’ Mereka bangun
berjalan beriringan menuju ke parking kereta . Belum sempat Arina membuka pintu
kereta , Fitri sudah mencapainya terlebih dahulu lalu dibukakan pintu untuk
Arina . Arina senyum dengan penuh keikhlasan . Berbunga hati Fitri ketika ini ,
dia berdoa agar kebahagiaan menjadi milik mereka .
Hampir pukul 10 Arina
tiba di hadapan rumah . Sempat lagi matanya menjeling memerhati sekeliling
rumah . Ternyata masih terang rumah
teres dua tingkat milik bapanya .
“ ok Cik Arina Sofea , dah sampai . .’’
“ emm Fit , thanks bawa aku keluar ,
bahagia sangat sebab kau belanja makan hari ni . .’’
“ bahagia sebab aku belanja makan ? apa ni
Rin . .’’ Fitri memuncungkan bibirnya .
“ apa ni , apa ? alah ! yelah . .bahagia
sebab dapat keluar dengan buah hati pengarang jantung aku ni . .’’
“ hehe . .hai . . . .happynya aku
malam ni . .terima kasih sayang ! ‘’ Fitri melemparkan senyuman .
“ kasih di terima . .janji jangan hancurkan
hati aku . .kalau tak . . . .’’ sempat lagi Arina mengetuk stereng kereta .
“ apa ? apa ? nak bunuh ? bunuh lah Rin ,
kalau boleh kau siat sekali hati aku ni , kau akan nampak hati aku ni ada nama
kau je . .’’ Jawab Fitri bersahaja .
“ hmmm dah lah . .aku masuk dulu . .nite’s
sayang . .’’ Bisik Arina dengan nada yang lembut . Arina membuka pintu kereta
lalu berjalan menuju ke pintu pagar . Telefonnya berdering menandakan mesej
masuk .
*thanks sayang .
goodnite sweetheart*
Sempat lagi Fitri
menghantar mesej . .Arina menoleh kebelakang . Senyuman Fitri yang dilemparkan
untuknya begitu menusuk jantungnya .
Fitri berlalu pergi . Senyuman Arina mengiringi pemergian Fitri pada
malam itu .

No comments:
Post a Comment