Powered By Blogger

Thursday, 17 May 2012

kisah hati 17


   Arina duduk termenung sambil matanya dihalakan ke luar tingkap kelas . Fikirannya buntu mengenangkan nasib Fazura . Aleeya sudah menceritakan segala-galanya tentang nasib yang menimpa keluarga Fazura .

    “ hoi ! moody je kau ni ?? ‘’ bahunya ditepuk perlahan . Lamunannya terhenti seketika sebaik sahaja Aleeya menarik kerusi duduk di hadapannya .

    “ ish ! tak adalah . . hmmm macam mana nak tolong family Faz tu ?? aku tiba-tiba sedih pula masa kau cerita ‘’

    “ hmmmm ntahla Rin , aku ingatkan Faz tu jahat lah sangat sampai sanggup burukkan kau ‘’

    “ yang tu aku tak heran sangat , aku tak ambil kesah pun . Tapi masalah sekarang nak tolong family dia je ni . “

    “ aku tengah buntu ni , sanggup Amy buat dia macam tu , heeiisshh apa punya manusialah sanggup tikam member sendiri !” gerutu Aleeya yang mula menunjukkan rasa tidak puas hatinya .

    “ hmmm bialah dia , semua manusia buat silap , cuma kita ni je yang kadang-kandang sedar atau tak silap yang kita buat tu . “ Mereka berdua diam . tiada kata yang mampu diungkapkan ketika ini .

    “ hai Rin . .‘’ Fitri mencelah secara tiba tiba .

    “ err hai ‘’ jawab Arina bersahaja . dengan tidak semena mena jantungnya berdegup kencang melihat Fitri sudah mula menarik kerusi duduk di sebelahnya .

    “ mengumpat aku ?? ‘’ Tanya Fitri .

    “ ish ! perasan laa kau ! ‘’ marah Aleeya .

    “ alaaa ..relex ah ! saja je .. kenapa tak turun makan ?? kan tengah rehat . .pergilah makan , nanti tak sempat pula . .’’

    “ malas ! aku ikut Arin , kalau Arin makan , aku makan , kalau tak , tak lah . .’’ jawab Aleeya bersahaja .

    “ ok ! kalau macam tu aku pon ikut Arin jugak lah ! boleh kan sayang ?? ‘’ bersahaja jawapan Fitri . 

Arina sudah mula mengerutkan dahi melihat perlakuan Fitri menyebut perkataan ‘sayang’ dihadapan Aleeya . Malu dibuatnya . Mahu tidak mahu dia harus menyembunyikan perhubungan antara dia dengan Fitri daripada diketahui oleh sesiapapun.

    “ apa ?? sayang ?? kau dengar tak Rin ?? mamat ni dah syok kat kau . .alahai . . . loya tekak mak ! ‘’ Aleeya memegang tengkuknya .

    “ alah ! bialah dia , dia yang gila bayang , siapa suruh ! ‘’ Sepantas Arina menjeling kearah Fitri . Berubah riak wajah Fitri ketika ini . Terkejut benar dengan jawapan ringkas Arina . Arina mengenyitkan matanya . Fitri hanya mampu senyum .

    “ Arin , aku haus , aku turun jap tau ! ‘’ Aleeya sudah mula bangun .

    “ eleh ! tadi kata taknak turun , ngada-ngadalah kau ni . ‘’ Arina mencebikkan bibirnya .

    “ kejap jelah ! aku haus ni , kau tak kesian ke kat aku , kalau aku mati kebulur macam mana ?? ‘’

    “ yela . .pergi jelah . ‘’ Aleeya berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di dalam kelas .

    “ ok bebas ! ‘’ Fitri mendepangkan tangannya .

    “ what ?? ‘’ Tanya Arina .

    “ bebaslah sayang . .tak ada orang kacau kita dating . .nak tahu tak , tadi kat kelas aku asyik teringat kat kau je tau . .nak tulis pon boleh terbayang muka kat kat buku tu . Teruk kan gila bayang aku ni kat kau ‘’

    “ oh jadi betullah apa yang aku cakap tadi kau gila bayang ?? ’’

    “ entah ! Rin , kau tak rindu aku ke ?? ’’

    “ perlu ke aku rindu kau ?? ‘’

    “ perlu ! “

    “ motif ?? ‘’

    “ sebab kau satu satunya bini aku . .’’

    “ cik abang ! awak ni dah angau ye . .lepaskan SPM dulu pleaseeee !! ‘’

    “ apa salahnya . .alaaa Rin , aku rindu kat kau , kalau boleh tak nak berenggang satu hari pon dengan kau tau . .’’

    “ ish ngada-ngadanya . .cakap slow sikit boleh tak , orang lain kalau dengar , tak cukup tanah tau aku lari sebab nak tutup muka ni . .’’

    “ that’s not my problem ! ‘’

    “ because of you I’m shy ok . .’’

    “ ok ok surrender ! ish , tak nak mengalah betul ‘’ Fitri memandang wajah putih Arina . ya ! kau satu satunya perempuan yang dapat mencairkan hati lelaki yang penuh dengan  keegoan ni wahai Arina . .percayalah ! tiada siapa yang apat halang hubungan ini . Aku ikhlas jadikan kau seorang puteri yang bertakhta didalam hati ini . . bisik Fitri didalam hati . Mereka duduk berbual , sekali sekala kedengaran tawa mereka . .semoga bahagia menjadi milik mereka . . .
   
        

No comments:

Post a Comment