Powered By Blogger

Wednesday, 10 August 2011

kiSah hATi ( 2 )

         “ Assalamualaikum … !!’’ Arina membuka pagar halaman rumahnya. Dia terus membuka kasut dan meletakkan kasut di atas almari kayu yang dibuat oleh abangnya sendiri …

        “ mak ….oooo…mak ! .. adik .. !! haizz ~ mana semua orang ni ?? ’’ jerit Arina .. Arina terus menuju ke ruang dapur , dia membuka tudung saji dan melihat lauk yang sudah tersedia ..( emmm ayam masak lemak cili api , ikan kering dengan kangkung .. ok . cun ! ) bisiknya di dalam hati .. tangan Arina sudahpun mencapai pinggan di kabinet dapur bersebelahan meja makan .. perutnya sudah mula berbunyi menandakan dia sudah lapar .. di sekolah dia tidak mengikut rakannya untuk turun makan , dia lupa membawa duit pemberian ibunya yang diletakkan di atas meja pagi tadi .. “ Bismillahhirahmannirrahim ~ emm .. nikmatnya dunia …’’ Arina mula makan dengan selera ..

        “ kalau ye pon nak makan , bukak lah dulu baju sekolah tu ….’’ secara tiba-tiba ibu Arina muncul di pintu dapur .

        “ ish mak ni ! tekejut la arin .. mak ni tadi arin panggil tak nyahut pon ..’’ Arina mencebikkan mukanya..

        “ mak pergi ruma Cik Senah tadi , ambil pucuk paku sikit nak buat lauk malam karang .. nanti ayah kau balik bising pulak takde lauk ..’’ Timah mula membuka kepala paip membasuh pucuk paku yang baru saja dipetiknya ..

        “ emmm mak ! anak Cik Senah yang belajar kat Uitm tu ada balik sini tak ?? ‘’ Tanya Arina dengan nada yang bersungguh-sungguh ..

        “ entah la rin .. mak mana tawu .. tanya la Cik Senah kau tu .. nape ?? terpikat ke ?? tak payahlaa .. habiskan belajar tu dulu .. kau tu SPM pon tak lepas lagi tau .. ntah masak nasi tawu ke tidak tu ‘’

        “ eeiii mak ni .. tengok muka laa .. stakat nasi .. apam balik pon Nur Arina Sofea Binti Daud reti buat tau.. ’’ sambil menyuapkan nasi ke mulutnya ..

        “ eleh .. masak air pon mak yang kena ajar .. lagi laa apam balik ’’  Timah tersengih dan menggelengkan kepala melihat anak daranya itu membanggakan diri ..

        “ emm mak ! mak ada masa ?? basuhkan baju arin ,, arin penatlaa mak .. ’’ Arina mengangkat keningnya dan tersenyum-senyum melihat wajah ibunya. Dia dan ibunya terlalu rapat. Arina begitu manja dengan ibunya berbanding dengan ayahnya sendiri..

        “ basuh sendiri , mak malas ‘’

        “ alaaaaa…..mak ! please .. ‘’ Arina mencebikkan mukanya lagi ..

        “ jangan nak mengada-ngada ye .. Arina da besarkan .. basuh dulu baju , jangan tawu nak tidur jeg petang-petang ni ..’’

        “ hmm yelah ..’’ Arina bangun lalu membasuh pinggan-pinggan kotor. Dia berjalan menuju ke ruang tamu dan membuka televisyen. Arina mencapai remote control Astro dan menekan butang info. Semua yang diinfonya tidak menarik perhatiannya untuk menonton televisyen petang itu. Dia menutup suis dan berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur tempat dia merebahkan badannya yang kelihatan letih itu.

        Kedengaran lagu Justin Bieber di handphone kesayangannya itu . Arina yang baru saja hendak melelapkan matanya terkejut apabila telefon bimbitnya berdering .. dilihatnya nama Aleeya yang tertera di skrin Nokia 3230 itu ..

        “ emm salam .. rin ! keluar jom petang ! ’’ kedengaran suara Aleeya serak-serak basah di telinga Arina..

        “ alaaaa … aku malas laa .. misi aku sekarang nak tidur .. ‘’ Arina berbual sambil matanya dipejam .

        “ alaa .. jom laa .. aku nak beli barang ni. Suraya da cun da nak ikut aku .. so misi aku sekarang tinggal nak ajak kau je ni .. please rin ~ ‘’ Aleeya merayu dan berharap agar Arina akan join mereka pada petang itu.

        “ sori la member , aku betul-betul nak tidur , homework banyak lagi tak siap ni , kau pergi jela dengan Sue tu..

        “ emm yelah .. melengkar jek kau ni keje .. lain kali kalau aku ajak no way nak tidur-tidur lagi .. ‘’

        “ ye makcik .. ok .. daaaa.. ‘’ Arina menekan butang off , dia meletakkan handphonenya itu di tepi katil .. dia teringat akan kisah di sekolah tadi sewaktu berjumpa dengan Fitri. Dia merasakan ada sesuatu yang lain tehadap diri Fitri. Arina senyum keseorangan bagaikan orang yang sudah gila bayang .

        teeett ! teeett ! pesanan ringkas masuk di telefon bimbit Arina . Dia memandang lalu mencapai telefon bimbit tersebut. *hai rin .. buat apa ni ?? busy ke ??*

        “ eh ! sape aje laa yang hantar ni .. da laa nombor xkenal ‘’ bisiknya.

        *err hai .. sapa ni ek ??*

        *aku la fit .. kau kenal , jangan klentong k ??*

        *oh..kau..hmm ade ape ??*

        *xde papelaa.. saje msg kau,, kau busy ke?? Aku ganggu kan??*

        *xla .. aku baru jeg ni nak tidur, tibe2 kau lak yang msg , mana dapat nombor ni ??*

        * adelaa … rahsia kerajaan .. mana boleh bagitahu ko .. hebat kan aku dapat nombor kau*

        *erk ! perasan hebat la kau, budak baru !!!*

        *chill ok budak baru pon , takde lainnya lama dengan baru*

        *eh .. dah la.. aku nak tido ni , jom ikut aku tido*

        *eh bole aje…hehe ~* Arina sudah mula menutup matanya yang amat keletihan ..
. . . . . . . . . . .
        “ faz .. kat tempat ni ke u nak ajak i makan ?? eeuuuww ~ ‘’ Amylea menjengketkan bahunya. Memandang jijik terhadap restoran yang hanya berada di tepi-tepi jalan ..

        “ sekali sekala la .. takkan u nak hari-hari makan kat hotel jek ..habislaa duit u , macam mana nak shopping nanti , right babe ?? ok2 u duduk dulu , i order ?? u nak minum ape ?? ‘’ Tanya Fazura kepada teman baiknya Amylea .

        “ hmm ~ whatever ..~ ‘’ Amylea menarik kerusi kayu lalu duduk berhadapan dengan meja kosong.

        “ abang ,,emmm … i nak sirap limau 1 , for besfie i nak order fresh orange .. faster please , i haus..‘’ Fazura senyum lalu pergi menuju kearah Amylea ..

        “ ok , i order untuk u just orange .. u minum kan sayang ?? ‘’ Fazura memegang tangan Amylea sambil melemparkan senyuman terhadapnya .

        “ ofcourse darl’s ‘’ Amylea membalas senyuman.

        “ ok ! i ajak u keluar ni sebab nak bagitahu minah senget si Arina tu jumpa Fitri tadi .. ‘’ Fazura memulakan cerita .

        “ what’s ?? berani betul kan minah senget tu jumpa buah hati i , tak tahu malu punya perempuan..!! ‘’ Amylea menumbuk meja setelah mendengar khabar yang disampaikan oleh Fazura.

        “ errr…sori ?? buah hati u ?? i salah dengar really ?? ‘’

        “ excuse me Faz , untuk pengetahuan u , Fitri budak baru tu sesiapapun tak boleh rampas daripada i , ok ?? ‘’

        “ ok ~ ikut suka u .. i cuma bagitahu apa yang i nampak pagi tadi .. mesra ok diorang , i nampak Amir budak hot adik kesayangan dia skali ada tadi ‘’

        “ err kak .. air ~ ‘’ celah pelayan restoran menghulurkan 2 gelas air yang baru di pesan oleh Fazura tadi.

        “ what’s ?? say it again please ?? akak ?? hello .. kitorang masih muda berbanding u ok ‘’ Amylea menunding jari ke arah pelayan restoran.

        “ err maaf . saya tak tahu ‘’

        “ shhttt ! da , da ! u boleh pergi ‘’ Fazura menunjukkan isyarat halau terhadap pelayan restoran. Mereka tidak menghiraukan mata-mata yang memandang kearah mereka.

        “ owwhhh ~ faz ….. macam mana i nak buat sekarang ?? i takut fit my prince tu nanti jatuh kat tangan minah senget tu…owwwhh please hunny ..~  ” Amylea mula menggedik ..

        “ don’t worry babe , chill ok .. i dah tawu apa i nak buat kat minah sorang tu , maybe i akan umpan bestfriend kesayangan…. Suraya and Aleeya .. ‘’ Fazura memandang Amylea sambil menjengketkan keningnya.

        “ huwwww ~ nice ! u nak buat ?? ‘’ tanya Amylea sambil menyedut minuman.

 Fazura memandang tepi dan hanya melemparkan senyuman sinis ~

No comments:

Post a Comment