“ oi ! sini jap ‘’ Amylea memanggil Suraya yang sedang berjalan menuju ke bilik guru.
“ hmm , nak ape ‘’ sambil membuka pintu bilik guru.
“ aku dengar cite , ko dengan Aleeya suka Fit , betul kan ?? ‘’ Amylea mengekori Suraya dari belakang.
“ aku minat die tu urusan aku , yang kau sibuk pehal ?? ‘’
“ hmm .. ok ! tak jadi masalah untuk aku .. tapi hati hati sikit , kau ingat kau dapat ke budak Fit tu ??
“ Amy , kau jumpa aku bukan cari masalah dengan aku kan ?? ok fine ! aku tahu kau lawa , kau boleh dapat semua laki kat sekolah ni , tapi please la jangan sebab Fit sorang kita gaduh .. perempuan bodoh jelah gaduh pasal laki ‘’ Suraya meletakkan buku di atas meja Pn. Sarimah lalu meninggalkan Amylea yang berada di situ ..
“ Sue ,, wait !! bukan maksud aku nak cari gaduh dengan kau , tapi …… ok !! jumpa aku dengan Faz kat Kafe , pukul 4 . ada hal aku nak cakap something .. make sure jangan lambat ‘’
“ Kafe mana ?? Kafe Violet ?? ‘’
“ yup ‘’ Amylea berlalu pergi …
. . . . . . . . . . . . . . . . .
“ Arin ,, emm maybe petang ni aku tak jadi nak follow kau dengan Aleeya ‘’
“ laaa .. nape ?? ‘’ Arina duduk bersebelahan Suraya sambil menyedut minuman .
“ aku ade hal skit , mane leeya ?? ‘’
“ hoi korang .. haaa .. ape ni ?? rindu aku ea ?? ‘’ Aleeya menyapa dari arah belakang mereka
“ err .. kau buat apa kat tandas lama sangat ?? ‘’ Tanya Arina
“ sakit perut !! “ Aleeya mencebikkan mukanya
“ emmm Arin .. aku nak cakap skit ni .. sejak Fit masuk sekolah ni , aku da jatuh hati agaknya kat die , tolong aku usha kan boleh ?? ‘’ Suraya memandang Arina dengan penuh harapan.
“ hmmm .. budak baru tu ?? Sue .. kita da janji kan tak kan couple sebelum SPM , mana janji kau ni ?? ‘’
“ hhheeeiisssshhh ! ni yang panas ni , Fit tu aku punya ‘’ Aleeya mencelah
“ Aleeya , aku serius .. start Fit masuk sekolah ni , aku dah jatuh hati kat dia .. aku tak tawu laa kenapa .. aku tak nak betting dengan kau .. please leeya ‘’ Suraya memegang tangan Aleeya ..
‘’ haaiisshh !! ape ape jela .. it’s okay , aku bukan nak sangat Fit tu .. hati aku sekarang kat abang form 6 .. heee .. peace korang ! ‘’ Aleeya tersenyum malu.
“ amende laa .. pasal Fit sorang pon nak kecoh .. tu dak Aiman tu korang tak nak plak .. hensem , kaya , jambu lagi ..’’ Arina memuncungkan bibirnya kearah Aiman yang sedang khusyuk makan nasi yang dibelinya ..
“ err ~ not my taste ! setakat kaya . jambu perangai macam haram nak buat apa !! ‘’ Aleeya menjelirkan lidahnya.
“ emmm Arin .. macam mana ?? boleh kan tolong aku ?? kalau mintak tolong dengan Aleeya cicak kobeng ni jawabnya memang sampai ke tua pon aku tak kan dapat ‘’
“ oi , tolong skit .. cicak kobeng ?? aku ramping tau !! “ Aleeya meletakkan tangannya di perut.
“ tengoklah , kalau ada masa nanti aku jumpa Fit , tapi janji dengan aku Sue , kau nak cintan cintun ni habiskan SPM kau tu dulu .. ‘’
“ ok thanks Arin , sepanjang minggu ni aku belanja kau makan . promise ! ‘’ Suraya melemparkan senyuman.
“ alaaaa … abis aku Sue ?? takkan nak biarkan member kau sorang ni mati kebulur ?? ‘’ Aleeya mengeluarkan suara yang manja
“ kau kan kaya !! ‘’ jawapan ringkas Suraya , dia malas melayan kerenah kawan baiknya itu. Mereka duduk di kantin sambil berbual .. di samping itu , Fitri yang baru sahaja turun dari kelas lalu di hadapan mereka .. Fitri hanya melemparkan senyuman kearah Arina .
*Fit sunyum kat Arin ?? ada apa-apa ke diorang ni ??* bisik Suraya dalam hati , dia yang menyaksikan teletah Fitri terus memandang tepat ke wajah Arina dengan penuh tanda tanya ..~
No comments:
Post a Comment