" errr Fit ! Fit ! ‘’ Arina mengejar Fitri yang sedang menuju ke kelasnya .. *pekak ape die ni??* bisiknya dalam hati..
“ Fitri !!!!!!! ’’ kali ni Arina memanggil Fitri dengan nada yang kuat , Fitri yang baru tersedar menoleh kebelakang.
“ tak payah lah panggil kuat sangat , aku tak pekak lagi ‘’ jawab Fitri selamba.
“ hah ! poyo ! 59 kali aku panggil kau , buat tak tawu jugak !
“ menipu je kerja kau ni . emmm kau nak ape ? ajak aku dating ? bila ? petang ? tak boleh .. aku nak main bola ‘’
“ haaiizzz ~ tak habis-habis perasan kau kan ? tak main lah dating dengan budak-budak baru ni ‘’
“ takpe ! kau tengok jelaa nanti orang pertama yang kau dating tu nanti aku ! Mohd Daniel Fitri ‘’ Fitri menepuk dadanya dengan perasaan bangga .
“ dah ea ?? ni gambar kau , err sorry laa aku lambat pulangkan ...’’ Arina menghulurkan gambar kepada Fitri .
“ jap ! mana kau dapat gambar ni rin ?? ‘’ Fitri mula menanyakan soalan .
“ tak la .. gambar ni sebenarnya dalam meja Suraya , Suraya tu member aku .. ‘’
“ dah tu , kenapa ada kat kau ?? ‘’ Fitri menjengketkan keningnya..
“ ok2 .. emmm Suraya suruh aku bagitahu yang dia mula minat kau 1st time kau masuk sekolah ni , gambar kau ni pon masa nak balik tercicir masa dia tengah tarik buku kat bawah meja dia , aku sorang je yang perasan ,, aku nak bagi balik kat Suraya tapi dia dah balik dulu masa tu .. kalau kau nak tahu mana dia dapat gambar ni , kau tanya dia , aku tak tahu apa-apa ‘’ Arina takut akan dimarahi Fitri kerana lambat pulangkan gambarnya . dari jauh Suraya memerhatikan perbualan mereka , makin marah perasaan Suraya pada waktu itu.
“ emmm .. patut laa 2 hari aku cari tak jumpa , thanks ! emmm Arin , aku suka kau ! kau boleh terima aku tak ?? ‘’ Fitri mula luahkan perasaannya terhadap Arina .
“ sorry fit , takkan aku nak terima cinta kau , Suraya kawan aku , dia suka kau ‘’ Arina serba salah untuk menolak cinta Fitri , dia sedar Fitri memang jujur orangnya . tapi apakan daya , istilah cinta tiada dalam hidupnya sebelum berakhirnya peperiksaan penting yang dianggap penentu masa depannya .
“ tapi please laa .. aku tak suka Suraya , ! aku suka kau sorang je kat sekolah ni ..aku nak tawu perasaan kau kat aku .. ‘’
“ emm sorry , aku kena balik kelas ! ‘’ Arina meninggalkan Fitri yang berada di situ . Fitri kecewa dengan jawapan Arina .. Arina yang sedang laju menuju ke kelas tiba-tiba tangannya ditarik oleh Suraya . Suraya menarik nafas sedalam-dalamnya . dia terlalu marah terhadap Arina dan tidak langsung memikirnya keadaan di sekeliling . Arina terkejut dengan perbuatan Suraya , selama ini dia tidak pernah bersikap begitu.
.
“ errr Sue ! kenapa ni ??? ‘’ Arina merenung wajah Suraya dengan penuh tanda tanya ~

No comments:
Post a Comment