Powered By Blogger

Tuesday, 9 August 2011

kiSah hATi

    ' Aku terpikat kat kau sejak pertama kali kau pandang aku , aku nampak ada NUR (cahaya) dalam diri kau , tapi percayalah ! tiada sesiapa yang bertakhta di hati ini kecuali Allah S.W.T '




tempat : SMKSK
masa : 9.45 am
di kelas 5 Teknik .. (2011)

cuaca agak mendung ketika itu .. Arina bangun dan terus ke meja guru ..

" cikgu ! saya nak pergi tandas jap ! " Arina menghulurkan pas keluarnya.

" awak nak buat apa ?? lagi 5 minit nak rehat , tak payah "

" alaa cikgu please ... saya dah tak tahan ni.. " sambil mengibas-ngibas pakaian sukannya.

" eh , tepi skit ! cikgu , buku ni nak kena hantar ?? Zaquan mencelah ..

" kau ni memang sengaja kan ?? kau tau tak aku tak tahan nak buang hajat ni !! " marah Arina.

" heiisshh , tu kau punya pasal la minah .. ade aku kesah ?? " dengan selamber Zaquan menjawab.

" da, da !  pergi tandas cepat ! "

" tu apa kat tangan cermin tu ?? kau jangan banyak berangan la .. tumbuh jerawat memang takde maknanya aku nak masuk minang kau tau.."

" diam ok ? kau ingat aku nak kat kau ? Zaquan telenggggg ..... " Arina menjulingkan matanya.

Arina keluar bergegas menuruni anak tangga dengan laju , tiba-tiba dia berhenti seketika..

" adoi ~ sape jela yang block kat depan ni .. eh , excuse ! tepi skit .. " Arina menolak lengan seseorang ..

" err hai .. aku Fit , Fitri ..." Fitri menghulurkan tangan. Dia yakin Arina akan berjabat tangan dengannya ..

" oh yeke ? Sori .. aku tak pernah nampak kau .. " jawab Arina dengan rasa menyampah .. tatkala dia tahu bahawa Fitri lah lelaki yang digempar-gempurkan oleh rakan-rakan sekelasnya .. Fitri dilabel pelajar lelaki baru yang kacak berbanding pelajar lain .. Arina mendapat tahu bahawa rakannya Suraya dan Aleeya bertaruh untuk mendapatkan Fitri ..Arina mengaku , kedua rakan baiknya itu memang cantik , ramai lelaki mahu rapat dengan Arina hanya untuk berkenalan dengan rakannya itu .. tetapi mereka bertiga berjanji tidak akan bercinta sehingga tamat SPM . Jauh di sudut hati memang Fitri kacak baginya .. tetapi niat untuk berkenalan lebih rapat tiada dalam misi hidupnya ..

" oh .. tak jadi masalah kot .. budak baru .. baru seminggu aku masuk sini .." mata Fitri memandang tepat ke arah wajah ayu Arina .. jantung berdegup kencang ketika bersemuka dengan Arina .. dia merasakan bahawa ada sesuatu yang menarik tentang gadis itu ..

" emm .. lain kali ea kita berbual , aku tak tahan nak buang hajat ni .. caw ! " Arina berlari terus menuju pintu tandas ..

. . . . . . . . . . . . . . .

" huh ! lega ~ " Arina menarik nafas panjang ..

" err , nama kau .. NUR ARINA SOFEA.. ok ! aku da tahu .. " Fitri tersengih bagaikan kerang busuk ..

" eh , kau tak masuk kelas ? jap , jap ! mana kau tahu nama aku ?? " Arina menunjukkan riaksi marah terhadap Fit ..

" rehat kan sekarang .. tu ! nama kat tudung kau tu ape , nama kau kan ? takkan nama pakcik aku kot .. "

" lawak sangat la tu .. hmmm , panggil aku Arin jeg .. "

" sedap nama kau .. cantik berseri-seri macam tuan dia .. "

" tak payah laa puji segala fit.. kau ingat aku cair dengan kata-kata kau tu ?? "

" jangan la camni rin , aku ikhlas nak kawan dengan kau ..err ! aku da jatuh hati kot kat kau .. "

" hah ? aku salah dengar ke kau salah cakap ni ?? "

" akak !! akak da makan ?? " Amir mencelah ..

" belum .. Amir nak belanja akak ? ayam goreng satu !!! "

" adik kau ke ni rin ?? tak sama pon muka .. " Fitri merenung wajah Amir sambil melemparkan senyuman ..

" tak lah , adik angkat .. " Arina mengusap kepala Amir ..

" oh .. pandai kau cari adik angkat , sama tinggi dengan kau , hensem ! "

" eeeiisshh ! dia yang usha aku dulu .. " Arina dan Fitri serentak memandang wajah Amir ..

" akak , ni ke abang Fitri .. abang ni kan yang akak simpan gambar dia dalam diari akak ?? " Amir melihat wajah Fitri secara teliti ..

" hah ! Amir !!!!!! " Arina menarik lengan Amir dan menutup mulutnya .. Fitri tersentak dan memandang Arina dengan penuh rasa kejutan ..


*alamakkk .. gambar aku memang hilang , tapi macam mana boleh ada kat diari budak Arin ni*  bisik Fitri di dalam hati ..

mereka bertiga memandang sesama sendiri dan diam terkaku ~

No comments:

Post a Comment