Ppprriinnnnggg !!! bunyi pecahan pinggan jatuh di dapur rumah usang yang terletak di hujung Kampung Haji Rahmat.
“ kenapa kau ni nak ?? jangan buat perangai macam ni , malu kat jiran sebelah dengar bising-bising kat rumah kita..” Mak Jah mengutip serpihan kaca yang bertaburan di lantai. Saleha hanya melihat dari jauh ibunya mencangkung berhadapan kaki kakaknya Suhana. Tidak berani untuk dia mencampuri urusan ibu dan kakaknya itu.
“ mak tahu tak !! ana dah ajak kawan-kawan ana datang rumah buka puasa kat sini , mak dah janji dengan ana aritu nak bagi duit , mana pergi duit tu sumua !! rumah kita ni apa jeg yang ada !! ana malu la mak kalau hidup miskin macam ni je terus .. dulu ana nak kerja cari duit mak tak bagi , habiskan pelajaran dulu kononnya , sekarang dah kena muka sendiri kan hidup susah dengan rumah buruk macam ni .. mak tak malu ke orang kampung pandang serong kat keluarga kita hidup susah macam ni .. adik beradik kalau ana sorang takpe , ni lagi 6 orang sekolah .. !! ” Suhana menengking ibunya. Dia tidak menghiraukan langsung ibunya sedang membersihkan kaca yang bertaburan di samping airmata ibunya mengalir di pipi.
“ akak ! jangan biadap boleh tak dengan mak , akak ingat akak tu siapa nak kurang ajar dengan mak ?? ’’ Saleha mencelah lalu mengutip serpihan kaca.
“ kau diam !! kau boleh tak jangan masuk campur hal aku .. kau tu jangan kurang ajar .. suka la kau mak selalu lebihkan kau daripada aku , kalau tak kerana duit yang aku curi kat kedai Ah Leong aritu , kita semua ni mati kebulur kau faham !!! ‘’ Suhana menengking Saleha bagaikan dirasuk hantu.
“ dah , dah cukup ! duit tu duit haram nak .. mak tahu .. kita ni hidup miskin , memang orang kampung pandang serong kat keluarga kita ni , mak tak pernah nak banding-bandingkan anak-anak mak sendiri , Suhana , kau habiskan dulu pelajaran kau ,belajar rajin-rajin .. dapat kerja elok-elok kau juga yang senang nak , mak tak minta lebih , mak tak minta pun kau duit , mak cuma nak anak-anak mak bahagia .. sebab tu mak tak nak kau kerja ..mak ingat kau boleh diharap bantu keluarga kita ‘’
“ tak payah mengharap sangat la mak !! ana tahu memang ana tak guna … ana nak duit .. tu pon mak tak paham-paham lagi ke !! tu rantai tu .. kenapa mak tak gadai je ?? ‘’ Suhana menarik rantai yang tergantung di leher ibunya.
“ ana ! tolong nak , jangan gadai rantai tu .. tu lah satu-satu pemberian arwah ayah kau , tolong ana .. mak merayu kat kau ..’’ Mak Jah melutut di hadapan ana ..
“ hahhhhhh !! mak ingat ana kesian ke ?? ni la padahnya kalau orang mintak duit , tapi tak tau nak bagi , mak tepi la !!! ’’ Suhana menyepak ibunya dengan tidak berhati perut.
“ mak !!!! akak ! bagi balik rantai tu …!! ‘’ Saleha menangis dan terus mendapatkan ibunya yang sudah terlantar baring di lantai dapur , tidak tahan melihat ibunya disepak oleh kakaknya sendiri.
“ esok kawan ana datang buka puasa kat sini .. mak malukan ana depan kawan-kawan ana , ana takkan jamin mak hidup senang dunia akhirat … “ Suhana berlagak kerana berpuas hati rantai ibunya yang diinginkan selama ni sudah berada di tangannya..
“ ana ….kenapa kau doakan mak macam tu ? mak ni yang lahirkan kau nak .. mak yang besarkan kau .. tak baik ana .. tak cium bau syurga .. bulan puasa ana .. banyaklah bertaubat .. Allah tu Maha Pengampun .
“ taubat macam mana pun ingat dapat masuk syurga ke ?? mak jangan buat baik depan ana .. ayah mati sebab mak !!!! ''
“ ana !!! “ Paaaaaaaannnggg.... satu tamparan hinggap di pipi Suhana .. abangnya Syukri sudahpun berdiri di hadapannya ..
“ hah ! baru nak balik ?? puas kan tampar aku ?? kau pergi mana ?? enjoy dengan betina lain ?? abang tak guna ..!!!! “ sekali lagi Suhana menengking ..
“ kau jangan kurang ajar ana .. jahat-jahat aku pon , aku tak pernah biadap dengan mak !! ‘’ Syukri ingin menampar Suhana buat kali ke 2 , tetapi ibunya sempat menghalang ..
“ ah !!! semua dalam rumah ni dah gila agaknya !! ‘’ dengan lajunya Suhana menuju ke bilik dan menutup pintu dengan kuat ..
. . . . . . . . . . . . . . . . . . .
“ ana .. jadi ke buka puasa kat rumah kau ni ?? ‘’ tanya Keena sambil mengeluarkan kunci kereta di dalam beg galasnya.
Rakannya yang lain turut berada disitu ..
“ ofcourse laa .. let’s go !! “ Suhana membuka pintu kereta milik Keena. Dia iri hati dengan kemewahan yang dimiliki oleh Keena..
. . . . . . . . . . . . . . . . .
“ apa ni . mee goreng dengan biskut ?? mak jangan malukan ana depan kawan-kawan ana .. ‘’ Suhana bercakap dengan nada yang marah tetapi bersuara perlahan.. dia takut rakannya yang lain dengar perbualan antara Suhana dengan ibunya di dapur.
“ ana , bersyukur nak .. mee goreng ni rezeki Tuhan yang bagi kat kita .. ingatlah ada orang yang lagi susah daripada kita ..takpe , ana duduk je sini , bia mak yang hidangkan mee ni kat kawan-kawan ana ‘’ ibunya menatang air dari dapur dan meletakkan di atas meja makan yang dihidangkan untuk kawan-kawan Suhana ..
“ sabar ye nak .. sekejap lagi azan maghrib .. makcik nak pergi dapur kejap ‘’
“ Ana !! ‘’ Keena menjerit memanggil ana . dia tidak hiraukan langsung perasaan keluarga Suhana yang berada di situ .
“ err .. apa beb ?? ‘’
“ mee basi ni kau nak bagi kitorang makan ?? ape ni .. kau kata nak bagi kitorang lauk special ..dah la .. kalau macam ni ,baik tak payah .. blah dok !! ‘’ Keena bangun dan terus keluar .. rakan-rakannya yang lain turut ikut sama.
“ sori beb , aku da suruh mak aku masak sedap-sedap tadi .. tapi aku tak tahu lah apa orang tua tu buat ‘’ Suhana berlari terus menuju ke dapur , dia menarik tangan ibunya.
“ apa ni mak !! mak nak ana cakap cara kasar ke cara baik ?? hei , dengar sini orang tua, aku dah cakap pagi-pagi lagi suruh masak sedap-sedap untuk kawan aku kan ?? kenapa ni tak paham bahasa ?? nak aku buat hidup kau susah lagi ke ‘’ Suhana melilit tangannya ke leher ibu yang tidak berdosa itu .
“ ana , mak minta maaf , mak takde duit nak .. ni jela yang mak mampu masak ‘’
“ peduli apa aku !! sebab kau kawan aku semua dah lari kau tahu ?? !!!!!! ’’ Suhana menolak ibunya sehingga jatuh . Dia terus keluar untuk menenangkan diri. Sementara itu , ibunya rebah dan tidak sedarkan diri , Saleha yang menyaksikan kejadian tersebut berlari mendapatkan ibunya.
“ mak , bangun mak .. ‘’ Saleha meletakkan jarinya di pergelangan tangan ibunya , dia merasa nadi ibunya sudah tidak berfungsi .. “ mak !!!!!!!!! mak dah janji nak sambut raya sama-sama dengan sal .. mak kata mak nak buat baju raya kita sekeluarga sepasang .. mak… bangunlah mak .. makkkkk !!!!!!!!!‘’ Saleha meraung bagaikan sudah hilang akal .. dia menangis tersedu-sedu sambil memangku ibunya..
. . . . . . . . . . . . .
Di hospital ~
“ maaf , kami tak dapat selamatkan mak cik , dia telah dijemput Illahi , saya harap cik semua bersabar .. saya dapat tahu dia mengalami hentakkan yang kuat di bahagian kepala .. banyakkan berdoa semoga rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman dalam bulan Ramadan ni ‘’
“ mak !!!!! kenapa mak pergi dulu dari sal .. mana janji-janji mak .. ‘’ Saleha terduduk menagis mengenangkan apa yang akan jadi kepada nasib keluarganya selepas ketiadaan ibunya ..
. . . . . . . . . . . . . .
Di tanah perkuburan ~
“ suka la kau mak mati !! mak mati sebab kau !! mak mati sebab kau ana !!! aku dengan adik2 takkan maafkan kau seumur hidup !! kau jangan jejak kaki lagi kat rumah tu , faham !!! ‘’ Suhana tersentap mendengar kata-kata Syukri , dia tidak menyangka ibunya pergi kerana kesalahannya sendiri .. Syukri menengking Suhana di bawah pohon berdekatan kubur arwah ibu mereka . ibunya baru saja dikebumikan tengah hari tadi. Suhana mendapat tahu ibunya sudah tiada melalui adik bongsunya. Pada masa itu , dia menangis keseorangan mengenangkan hidup susah yang tidak pernah mengecapi kebahagiaan seperti rakannya yang lain . Suhana lari terus memeluk pusara arwah ibunya.
“ mak …. baliklah mak .. ana mintak maaf .. ana nak cium kaki mak … mak tak sayangkan ana ke ?? mak … ana sedar siapa diri ana .. abang tak bagi ana balik rumah lagi .. siapa nak jaga ana lagi mak .. .~ ‘’ Suhana menangis keesakkan. Tiada apa lagi yang mahu dikesalkan .. ibunya telah pergi buat selama-lamanya .
“ Suhana Binti Daud ?? kami dari pihak polis terpaksa menahan kamu kerana disyaki mencuri duit di sebuah kedai milik seorang warga cina .. ‘’
“ tapi cik , tolong cik kesian kat saya .. tolong jangan buat saya macam ni … cik.. mak saya baru meninggal ‘’ makin deras airmata Suhana keluar mengalir di pipi .. tangannya sudah digari.
“ kerja saya hanya menjalankan tugas , selebihnya mahkamah yang akan tentukan hukuman terhadap kamu ..’’
. . . . . . . . . . . . . .
Di mahkamah ~
( Suhana Binti Daud , remaja berusia 18 tahun didapati telah mencuri wang sebanyak RM1000 di sebuah kedai bersama salah seorang rakan pada pukul 2.35 pagi bertarikh 7 Julai yang lalu .. sabit boleh dikenakan hukuman ikat jamin sebanyak RM2000 atau di tempatkan di pusat pemulihan akhlak Sekolah Integriti Henry Gurney Telok Mas Melaka ( lelaki dan perempuan ) atau kedua-duanya sekali )
Hakim Mahkamah Juvana memutuskan hukuman terhadap Suhana. Dia telah dimasukkan di sekolah tersebut selama 3 tahun kerana tiada siapa yang mahu ikat jamin atas kesalahan memandangkan Suhana masih di bawah umur .
Suhana terduduk mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut. Dia tidak menyangka dirinya akan disumbatkan ke Sekolah Juvana. Hanya airmata yang menemaninya ketika itu ~
. . . . . . . . . . . . .
‘’ Ya Allah , sesungguhnya , jadikan ramadan tahun ini menginsafkan lagi diriku untuk bertaubat kepadamu Ya Allah .jadikanlah aku hambamu yang sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan kelakuanku Ya Allah , tunjukkanlah aku jalan yang menuju kearah kebaikan , hindarkanlah aku jalan yang menuju kesesatan dan kejahatan . ampunkan segala dosa-dosaku terhadapMu Ya Allah , dosaku terhadap ibu bapaku , dosa terhadap keluarga dan rakan-rakanku , sesungguhnya aku hambamu yang kerdil , terimalah taubatku ini .. jadikan kehidupan aku sebelum ini sebagai pengajaran untuk aku meneruskan hidup yang lebih baik pada masa yang akan datang .. sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , lagi Maha Mendengar segala taubatku ini ... ‘’